Jika tiadanya pengeluar makanan seperti petani, pesawah, penternak dan nelayan, maka semua orang tiada makanan!
Laman web Gabungan Marhaen dilancarkan
Gabungan Marhaen melancarkan laman web untuk menyebarkan maklumat mengenai perjuangan rakyat akar umbi.
“Bazir masa dan sumber polis!”: Penganjur aksi sambutan Hari Pekerja disiasat polis
“Ini memang membazirkan masa dan sumber polis serta dana awam. Kerja tidak penting sebegini adalah membebankan polis,” kata Arutchelvan.
Helen Mary Johnson (1967-2022): Seorang komrad yang bersemangat kental dan komited
Usaha saudari Helen telah menghasilkan keadaan yang lebih baik untuk pekerja-pekerja di seluruh Malaysia. Negara kita memerlukan lebih ramai pemimpin pekerja seperti Helen! Obor perjuanganmu akan diteruskan...
Pengusiran terhadap pekerja Ladang Windsor ditangguhkan sementara
Pengusiran terhadap bekas pekerja Ladang Windsor ditangguhkan sementara, dengan pihak pekerja sedang berusaha untuk mendapatkan rundingan dengan Kementerian Sumber Manusia dan syarikat Malakoff Corporation Berhad selaku tuan tanah ladang tersebut supaya menyelesaikan isu perumahan mereka.
Konsert atas talian pertahankan kebebasan, keterangkuman dan suara golongan terpinggir – Catatan Malam Marhaen
Malam Marhaen, sebuah konsert atas talian, memastikan bahawa barisan artis adalah inklusif dan mencerminkan demografik Malaysia dengan kepelbagaian masyarakat.
Rakyat marhaen mahukan kehidupan yang lebih baik – Catatan Forum Akar Umbi “Pandemik, Kemiskinan, Perjuangan”
Kehidupan rakyat marhaen telah bertambah susah kerana pandemik COVID-19, tetapi semangat untuk memperjuangkan tuntutan rakyat demi perubahan yang lebih baik bagi semua masih kuat dalam kalangan masyarakat akar umbi. Wakil daripada pelbagai sektor telah menyuarakan tuntutan rakyat marhaen dalam sesi forum kemuncak Himpunan Marhaen 2021.
Kemiskinan hanya dapat diatasi apabila rakyat terbanyak faham punca sebenarnya dan bersatu untuk perjuangkan perubahan – Catatan Forum Pakar “Pandemik, Kemiskinan, Perjuangan”
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia yang sebenar hari ini telah berjaya meningkat sebanyak 10 kali ganda berbanding 50 tahun dahulu, tetapi ramai dalam kalangan rakyat masih hidup dalam kesusahan, malah terus dibelenggu kemiskinan. Kenapa kita masih tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan sedangkan negara kita sudah semakin kaya? Inilah salah satu persoalan yang dikupas dalam forum pakar mengenai kemiskinan anjuran Gabungan Marhaen.
Tiada petani, tiada makanan, tiada kehidupan – Catatan Forum “Memperkasa Jaminan Makanan: Isu dan Penyelesaian”
Tanpa petani, pesawah, penternak dan nelayan, maka tiada makanan untuk rakyat. Kita harus memperkasakan sektor-sektor pengeluar makanan untuk menjamin pembekalan makanan kepada rakyat.
Pencerobohan tanah adat OA tetap berleluasa semasa COVID-19
Walaupun hak dan kepentingan masyarakat OA dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, tetapi realitinya adalah pencerobohan terhadap tanah adat OA, salah guna kuasa dan rampasan tanah terus berleluasa, lebih-lebih lagi pada masa pandemik COVID-19.