Adakah nasib pengundi dalam pilihan raya umum akan datang nanti akan sama seperti nasib makhluk-makhluk yang dipaparkan dalam lukisan ini?
(Komik) Atasi kesesakan trafik dengan lebih banyak lebuh raya?
Bagaimana selesaikan masalah kesesakan lalu lintas dengan... lebih banyak kesesakan lalu lintas?
(Komik) Solidariti untuk perjuangan demokrasi di Thailand
Perjuangan demokrasi sedang membara di negara Thailand. Gerakan pro-demokrasi Thailand telah mengemukakan tuntutan yang termasuk: Membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya yang baru;Menghentikan gangguan terhadap rakyat yang mengkritik kerajaan;Menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan perlembagaan bersifat autoritarian sekarang yang dibuat oleh rejim pemerintahan tentera selepas kudeta tahun 2014.10 tuntutan untuk pembaharuan terhadap sistem monarki di Thailand bersesuaian … Continue reading (Komik) Solidariti untuk perjuangan demokrasi di Thailand
(Komik) Lawan COVID-19: Tanggungjawab kita bersama
Usaha melawan penularan wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) ialah tanggungjjawab kita bersama. Perintah Kawalan Pergerakan telah diisytiharkan di seluruh Malaysia selama dua minggu (18-31 Mac 2020), kerana situasi wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Ini bukan sahaja perjuangan kakitangan perubatan di barisan hadapan untuk mengesan dan merawat mereka yang dijangkiti virus COVID-19, tetapi semua rakyat memainkan … Continue reading (Komik) Lawan COVID-19: Tanggungjawab kita bersama
(Komik) Realiti penyumberan luar tenaga kerja
Penyumberan luar (outsourcing) tenaga kerja adalah satu fenomena yang berluasa di bawah sistem ekonomi neo-liberal. Penyumberan luar merupakan satu bentuk pemerasan terhadap pekerja yang ketara pada zaman kini, di mana syarikat gergasi dengan modal besar menyumberkan luar proses pengeluaran, perkhidmatan sokongan, khidmat pelanggan dan sebagainya kepada syarikat kontraktor yang lebih kecil, bukannya untuk meningkatkan efisiensi … Continue reading (Komik) Realiti penyumberan luar tenaga kerja
(Komik) Jangan gadaikan kesihatan awam kita kepada kepentingan korporat swasta
Baca selanjutnya: Sumbangan dana RM2 bilion Great Eastern kepada Skim mySalam itu derma atau skandal? Skim insurans MySalam timbul keraguan: PSM saran kerajaan jangan galakkan perkembangan sistem insurans kesihatan Lukisan komik oleh Antara Garis Hitam
(Komik) Ancaman campurtangan imperialis AS di Venezuela
Kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) sedang mendukung usaha rampasan kuasa oleh golongan berhaluan kanan di Venezuela. Imperialis AS ingin mendirikan kerajaan boneka di negara yang kaya dengan sumber minyak petroleum ini. Baca selanjutnya: Bantah rampasan kuasa di Venezuela yang didukung imperialis AS Imperialis AS iktiraf Presiden haram Lukisan komik oleh Antara Garis Hitam
(Komik) Jangan hina pekerja dengan kenaikan gaji minimum yang begitu sedikit
Kenaikan gaji minimum hanya RM 50 untuk pekerja bagaikan memberi sedekah kepada pekerja setelah memeras begitu hebatnya kringat pekerja oleh golongan kapitalis. Ini merupakan satu penghinaan kepada pekerja! Ilustrasi oleh Antara Garis Hitam
(Komik) Gaji dan kekayaan yang dicipta pekerja
Kekayaan yang dicipta oleh pekerja yang dibayar semula sebahagiannya dalam bentuk gaji kepada pekerja. Namun, apabila pekerja dibayar dengan gaji yang rendah, pengagihan kekayaan akan menjadi semakin tidak adil. Maka, jurang antara yang kaya dengan yang miskin turut akan semakin melebar! Tandatangani petisyen “Kenaikan Gaji Minimum hanya RM50 menghina pekerja! Kaji semula kenaikan gaji minimum!”: … Continue reading (Komik) Gaji dan kekayaan yang dicipta pekerja