Tangani krisis iklim segera (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 05)

Krisis iklim juga sewajarnya menjadi tumpuan demi kebajikan masyarakat Malaysia. Akibat kegiatan industri berteraskan pengautan untung yang tidak dikawal, bukan sahaja Malaysia malah seluruh dunia menghadapi krisis iklim yang bakal memupuskan spesies manusia. Lapisan ozon semakin menipis, paras laut semakin meningkat dan cuaca semakin aneh. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah yang sepatutnya demi membanteras isu tersebut.

Melangkaui petroleum

Pada suatu petang yang penuh kemurungan, pengaliran udara kelihatan seolah-olah berhenti, sungai-sungai berdekatan penuh dengan bangkai ikan kerana tumpahan minyak terjadi akibat daripada keusangan paip minyak berhampiran dengan sungai. Campuran bau minyak, gas asli dan kematian meresapi udara. Helikopter miliki Chevron (syarikat gergasi petroleum) baru saja diisi penuh dengan bahan bakar. Juruterbang menghidupkan enjin dan bilah kipas helikopter berdengung seperti lalat yang terbang. Namun, kali ini ia bukan menghantar pekerja ke pelantar petroleum di luar pesisir. Penumpang kali ini merupakan tentera bersenjata Nigeria yang diperintah untuk mematahkan secara ganas gerakan Occupy yang dilancarkan oleh golongan pemuda dengan pendekatan bukan keganasan.

“Aku tidak percaya pada pemanasan global”

Hak istimewa dari segi ekonomi dan sosial secara relatif yang dinikmati oleh golongan penyangkal iklim bukan sahaja memberi mereka kelebihan untuk menghadapi krisis ekonomi baharu, malah mereka juga memiliki modal secukup untuk mereka menghadapi krisis perubahan iklim dengan sikap yang lebih optimis. Di samping itu, mereka juga mengambil kesempatan daripada bencana untuk menjana keuntungan.