Majlis Kutipan Dana Perjuangan PSM Nasional 2018

20 Tahun: Bina Kuasa Rakyat Berasal daripada tiga buah pertubuhan akar umbi, iaitu Suara Warga Pertiwi (SWP), Alaigal dan Community Development Centre (CDC), Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditubuhkan pada tahun 1998 demi menegakkan keadilan sosial dan kesamarataan untuk semua di Malaysia . Perjuangan ini masih belum selesai selagi adanya penindasan berlaku. Kita bertanggungjawab untuk meneruskan … Continue reading Majlis Kutipan Dana Perjuangan PSM Nasional 2018

Penduduk Rumah Pangsa 18 tingkat hidup sebulan tanpa lif minta campurtangan segera kerajaan

PUTRAJAYA – 18 SEPTEMBER 2018: Penduduk-penduduk dari Pangsapuri Mutiara Fadason, Jinjang, Kuala Lumpur, telah hadir ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada hari ini untuk menyerahkan memorandum berkenaan dengan masalah lif rosak yang membelenggu penduduk di situ untuk hampir sebulan yang lalu. Penduduk-penduduk Blok C Pangsapuri Mutiara Fadason memohon bantuan kecemasan daripada pihak Kementerian untuk … Continue reading Penduduk Rumah Pangsa 18 tingkat hidup sebulan tanpa lif minta campurtangan segera kerajaan

Korea Selatan: Pekerja Ssangyong yang dibuang kerja diambil semula selepas 9 tahun

Syarikat pembuat kereta Korea Selatan SsangYong Motor Co. telah mencapai satu persetujuan dengan kesatuan pekerja pada 14 September 2018, untuk mengambil semula 119 orang pekerja yang diberhentikan kerja 9 tahun dahulu apabila syarikat tersebut melakukan penstrukturan semula. Ini merupakan satu kemenangan kepada perjuangan pekerja kilang kereta Ssangyong yang telah berlarutan untuk hampir satu dekad. Pada … Continue reading Korea Selatan: Pekerja Ssangyong yang dibuang kerja diambil semula selepas 9 tahun

Gaji minimum naik RM 50?! Gaji sebenar hanya naik RM 28!

oleh Arveent Srirangan Kathirtchelvan Beberapa hari yang lepas, kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan peningkatan gaji minimum dari RM 1,000 sebulan untuk Semenanjung Malaysia dan RM 920 untuk Sabah dan Sarawak ke RM 1,050 sebulan untuk seluruh Malaysia. Walaupun adanya peningkatan gaji minimum, tetapi jumlah yang ditingkatkan itu terlalu kecil. Malah setelah diumumkan, pelbagai organisasi serta … Continue reading Gaji minimum naik RM 50?! Gaji sebenar hanya naik RM 28!

Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?

16 September setiap tahun ialah Hari Malaysia, iaitu hari untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tahukah anda bahawa Malaysia dibentuk berasaskan Perjanjian Malaysia? Tahukah anda pula bahawa Perjanjian Malaysia tidak ditandatangani di mana-mana tempat di Malaysia, sebaliknya di London, ibu negara United Kingdom? Kemerdekaan negara-negara yang dijajah dan proses penyahjajahan merupakan satu trend … Continue reading Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?

55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis

55 tahun dahulu, pada 16 September 1963, “Persekutuan Malaysia” ditubuhkan. Persekutuan Malaysia semasa penubuhannya merupakan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu (ataupun dikenali sebagai Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun, penubuhan Malaysia berlaku pada zaman yang penuh gelora politik perjuangan yang diiringi dengan penindasan keras terhadap gerakan politik yang menentang pengaruh kuasa imperialis di rantau ini. … Continue reading 55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis

Adakah kenaikan gaji minimum akan menjejaskan ekonomi?

Jika gaji minimum dinaikkan terlalu tinggi, kos untuk membuat bisnes akan naik, harga barang akan naik, inflasi akan naik, kilang akan tutup, pekerja akan hilang kerja dan pengangguran akan meningkat… Ini adalah antara alasan yang sentiasa kita dengar apabila kita menuntut kenaikan gaji minimum. Namun, alasan-alasan yang diberikan oleh golongan yang pro-majikan ini boleh dicabar … Continue reading Adakah kenaikan gaji minimum akan menjejaskan ekonomi?

Berapakah kadar gaji minimum yang sesuai?

Gaji minimum akan diselaraskan dengan kadar yang sama untuk seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019 dengan RM 1,050. Namun, kadar yang terbaru ini amat rendah dan merupakan satu penghinaan kepada pekerja Malaysia yang telah menyumbangkan titik peluh mereka yang begitu banyak kepada pembangunan ekonomi negara. Parti Sosialis Malaysia (PSM) menuntut pada kerajaan supaya melaksanakan gaji … Continue reading Berapakah kadar gaji minimum yang sesuai?

Derita hidup 25 hari tanpa lif di rumah pangsa 18 tingkat

KEPONG, KUALA LUMPUR: Penduduk-penduduk Blok C Pangsapuri Mutiara Fadason terpaksa menggunakan tangga selama 25 hari berturut-turut akibat daripada satu-satunya lif di blok tersebut rosak. Sebelum ini, terdapat dua lif di blok tersebut yang berfungsi, tetapi satu daripada lif tersebut ditutup selama beberapa tahun dan hanya lif yang satu lagi dapat digunakan. Kini, lif tersebut rosak … Continue reading Derita hidup 25 hari tanpa lif di rumah pangsa 18 tingkat