Menjawab persoalan tentang isu perobohan kandang lembu Bukit Tinggi

(Berikut ialah tulisan oleh S. Arutchelvan, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, yang menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan berkenaan dengan isu perobohan kandang lembung di Bukit Tinggi, Klang, Selangor, pada 27 Ogos 2018.) Apabila saya terbaca komen-komen mengenai isu perobohan kandang lembu di Bukit Tinggi, maka saya terbawa untuk memberikan sedikit maklumbalas mengenai kritikan-kritikan yang dilontarkan terhadap … Continue reading Menjawab persoalan tentang isu perobohan kandang lembu Bukit Tinggi

Kandang lembu diroboh tanpa penyelesaian adil, aktivis PSM ditangkap polis

BUKIT TINGGI, SELANGOR – 27 Ogos 2018: Lebih 100 anggota penguatkuasa daripada pelbagai agensi kerajaan seperti polis, Majlis Perbandaran Klang dan Pejabat Daerah dan Tanah Klang, telah dikerahkan untuk merobohkan sebuah kandang lembung pada pagi tadi. 5 orang telah ditahan semasa operasi perobohan kandang lembu tersebut, termasuk 2 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) (iaitu … Continue reading Kandang lembu diroboh tanpa penyelesaian adil, aktivis PSM ditangkap polis

Dato’ diberi kuasa oleh Mahathir untuk roboh rumah?

KLANG, SELANGOR - Pada 22 Ogos 2018, ketika waktu malam, Kampung Bukit Kuda yang terletak di Klang, Selangor, telah didatangi 6 orang lelaki. Mereka terdiri daripada seorang bernama Khairul yang menggelar dirinya sebagai Dato’, seorang bernama Faizal yang menggelar dirinya sebagai tuan tanah, dan 4 orang lagi pegawai polis dari Ibupejabat Polis Daerah Klang Utara. … Continue reading Dato’ diberi kuasa oleh Mahathir untuk roboh rumah?

Pembaharuan untuk Sistem Pengundian dalam Pilihanraya: Menuju perwakilan yang lebih adil dalam sistem perundangan negara

Pilihanraya merupakan satu komponen yang penting dalam demokrasi. Rakyat dapat memilih wakil rakyat yang mewakili mereka dalam sistem perundangan ataupun kerajaan yang mentadbir sesebuah negara melalui cara pengundian dalam pilihanraya. Negara Malaysia mengamalkan sistem Westminster, iaitu sejenis sistem politik berparlimen yang bermodelkan apa yang dibangunkan di negara Britain. Di bawah sistem ini, pada kebiasaannya, sistem … Continue reading Pembaharuan untuk Sistem Pengundian dalam Pilihanraya: Menuju perwakilan yang lebih adil dalam sistem perundangan negara

1968: Tahun yang radikal

50 tahun dahulu, iaitu tahun 1968, merupakan satu tahun yang penuh dengan kebangkitan rakyat di seluruh dunia. Api penentangan, pemberontakan dan revolusi bersemarak di sana sini. Semangat revolusi dan idea untuk perubahan yang disaksikan dalam tahun 1968, bukan sahaja melahirkan generasi baru yang berpemikiran politik radikal, malah mempengaruhi perkembangan sejarah setengah abad selepasnya. Gelombang revolusi … Continue reading 1968: Tahun yang radikal

Dr. Kumar bawa isu Sungai Siput kepada Kerajaan Negeri Perak

IPOH, PERAK – 21 OGOS 2018: Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, bersama dengan penduduk Sungai Siput dan aktivis PSM Sungai Siput, telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Perak, berkaitan dengan 10 masalah utama yang dihadapi rakyat Sungai Siput yang memerlukan perhatian Kerajaan Negeri. Masalah yang disenaraikan dalam memorandum tersebut ialah: 1.Masalah Banjir … Continue reading Dr. Kumar bawa isu Sungai Siput kepada Kerajaan Negeri Perak

PSM parti pertama semua calonnya isytihar harta

Parti Sosialis Malaysia (PSM) merupakan parti politik yang pertama di Malaysia di mana semua calonnya yang bertanding dalam pilihanraya mengisytihar harta. PSM mula mengambil bahagian dalam Pilihanraya Umum 1999. Sejak itu, semua calon PSM yang bertanding dalam pilihanraya akan mengisytihar harta. PSM juga menjadi parti politik yang pertama di Malaysia di mana wakil rakyatnya (ahli … Continue reading PSM parti pertama semua calonnya isytihar harta

PSM memperjuangkan isu rakyat

Sejak penubuhan pada tahun 1998, Parti Sosialis Malaysia (PSM) terlibat dalam pelbagai perjuangan di peringkat kawasan tempatan dan juga nasional, termasuk melawan pengusiran paksa, memperjuangkan hak perumahan, menuntut pelaksanaan akta gaji minimum, membantah cukai GST, menentang penswastaan hospital, menuntut penubuhan tabung pemberhentian kerja, menuntut pemulihan pilihanraya tempatan, menegakkan hak asasi rakyat dan sebagainya. Penglibatan PSM … Continue reading PSM memperjuangkan isu rakyat

Mahathir suruh jangan minta gaji lebih?

“Negara kaya seharusnya mempunyai rakyat yang punya kuasa beli yang meningkat, bukan hanya kadar gaji atau upah yang tinggi.” Ini adalah yang dikatakan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Ogos 2018 semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri. (rujukan berita: Negara kaya punya daya beli tinggi, bukan upah - Dr Mahathir ) Kenyataan ini … Continue reading Mahathir suruh jangan minta gaji lebih?

Penghormatan kepada Samir Amin (1931-2018)

Tokoh pemikir kiri Samir Amin telah meninggal dunia pada 12 Ogos 2018 di Paris, Perancis. Samir Amin merupakan seorang ahli ekonomi, aktivis dan pemikir Marxis yang terkenal di dunia. Samir lahir di Mesir dan belajar di Perancis pada tahun 1947-1957. Samir pernah menyertai Parti Komunis Perancis, tetapi kemudiannya beliau menjarakkan diri daripada fahaman “Marxisme” yang … Continue reading Penghormatan kepada Samir Amin (1931-2018)