lembu40187806_742113389468598_7443857096304492544_n.jpg
 
(Berikut ialah tulisan oleh S. Arutchelcan, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, yang menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan berkenaan dengan isu perobohan kandang lembung di Bukit Tinggi, Klang, Selangor, pada 27 Ogos 2018.)
 
Apabila saya terbaca komen-komen mengenai isu perobohan kandang lembu di Bukit Tinggi, maka saya terbawa untuk memberikan sedikit maklumbalas mengenai kritikan-kritikan yang dilontarkan terhadap kami di PSM dan penternak lembu Bukit Tinggi
 

1. PSM hanya nak jadi hero untuk mengambil kes sebegini ?

Jika PSM hendak jadi hero, cara yang paling senang untuk jadi hero adalah mengambil isu-isu perkauman dan agama kerana dengan senang dapat sokongan satu-satu kumpulan etnik/agama atau mengambil isu-isu popular seperti isu beg tangan Rosman dan sebagainya. Namun, PSM mengambil dan memilih untuk mengambil kes-kes isu rakyat berpendapatan rendah, isu pengusiran paksa, isu gaji minimum, isu perkhidmatan hospital dan isu pekerja kontrak. Ini adalah isu-isu yang tidak mahu disentuh atau jarang disentuh oleh parti politik arus perdana.
 

2. Penternak ini menceroboh dan menduduki tanah kerajaan , duduk secara percuma selama ini dan sekarang mahu lawan kerajaan apabila diusir secara yang sah ?

Penternak di kawasan Ladang Bukit Tinggi sebenarnya adalah bekas Pekerja Ladang Bukit Tinggi. Mereka melakukan pekerjaan ini kerana gaji sebagai pekerja ladang adalah rendah. Perdana Menteri yang kedua Tun Abdul Razak pula pernah menggalakkan penternakan dan pertanian di tanah ladang sebagai sebahagian daripada rancangan Buku Hijau pada masa itu.
 
Namun pada tahun 1990-an, tanah ladang dijual atas sebab komersial untuk membina rumah mewah, bangunan kedai, lebuhraya dan kawasan perindustrian. Tanah tidak dijual kepada golongan petani atau pesawah, tetapi kepada kapitalis kaya dan bukan lagi menjadi tanah pertanian. Maka siapa menceroboh tanah siapa?
 
Oleh sebab itu, Malaysia menghadapi krisis keselamatan makanan (food security), di mana 80% sayuran , buah-buahan dan tenusu diimpot. PSM berpendirian bahawa kita perlu mempertahankan tanah untuk pertanian bagi menjamin pengeluaran makanan tempatan. Bayangkanlah jika ada perang dunia atau kekurangan makanan di dunia, di manakah kita hendak beli makanan?
 

3. Lembu-lembu ini mengganggu trafik, meyakitkan mata dan lain-lain

Sebenarnya lembu-lembu berada di situ lama sebelum adanya rumah mewah dan sebagainya. Sekarang penghuni baru hendak menghalau orang lama. Samalah seperti kita meneroka hutan dan kemudian mengadu ada banyak monyet yang menceroboh kawasan perumahan. Sepatutnya sebelum ada projek mewah dan sebagainya, isu ini harus diselesaikan.
 

4. Tauke lembu ini orang kaya, ada 150 ekor lembu, mengapa dia tidak mahu membeli tanah?

Ini hanyalah persepsi. Mereka yang mengenali penternak lembu ini, Thevindran (atau nama panggilan Susu Ravi), sudah pasti tahu bahawa dia seorang pengusaha yang rajin. Setiap hari memerah susu dan kemudian menjual susu. Dia tidak menggunakan pekerja asing untuk menjaga lembu-lembunya, tetapi ahli keluarganya sendiri yang tolong. Semasa perobohan kandang lembu, beliau ditahan bersama dua orang adiknya. Beliau jika mempunyai pendapatan tinggi pun, adalah disebabkan usahanya dan bukan kerana berjudi di kasino atau beli saham di pasaran saham. Beliau juga buta satu mata kerana satu kemalangan, tetapi masih terus bekerja untuk menyara keluarganya.
 
Penternak lembu ini dulunya merupakan pekerja ladang Bukit Tinggi. Keluarganya telah menjalankan aktiviti penternakan lebih 2 generasi. Apabila Ladang Bukit Tinggi dibangunkan, maka kandang lembunya di ladang telah dirobohkan dan tempat sekarang – Bandar Botanik, Sungai Rezab, Parcel B – adalah tempat alternatif yang ditawarkan oleh oleh syarikat Gamuda dengan janji bahawa dia akan diberikan dokumen kelulusan bagi tanah itu. Syarikat Gamuda yang telah membina struktur asas kandang ini. Ini berlaku pada November 2003. Syarikat ini membeli tanah dari tuan punya ladang sebelum ini. Selepas beberapa kali beliau menghubungi Syarikat Gamuda / Harum Intisari, beliau mendapati pengurus Gamuda yang memberi janji mulut tidak bekerja lagi di Gamuda dan beliau juga tidak mempunyai dokumentasi berkenaan dengan urusan ini. Selepas itu, beliau terus menjalankan aktiviti penternakan sehingga menerima surat daripada Pejabat Tanah Klang yang menyatakan tanah ini adalah “tanah rizab” Kerajaan dan dia harus mengosongkan tanah ini.
 
Gamuda telah menyerahkan tanah yang dijanjikan kepadanya kepada kerajaan. Justreru, sekiranya ada orang mengatakan seolah-olah penternak lembu itu mengambil kesempatan, adalah tidak betul faktanya!
 

KESIMPULAN

Akhir kata, saya pergi ke sebuah restoran India hari ini. Saya minta kopi bru susu lembu. Pelayan restoran memberitahu saya, “hari ini tiada susu lembu….kandang LEMBU kena roboh.” Mungkin satu hari nanti, kita akan faham semua ini.

lembu40187806_742113389468598_7443857096304492544_n.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s