39760771_2167980066751922_7316709112106975232_n.jpg

IPOH, PERAK – 21 OGOS 2018: Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, bersama dengan penduduk Sungai Siput dan aktivis PSM Sungai Siput, telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Perak, berkaitan dengan 10 masalah utama yang dihadapi rakyat Sungai Siput yang memerlukan perhatian Kerajaan Negeri.

Masalah yang disenaraikan dalam memorandum tersebut ialah:

1.Masalah Banjir di Sungai Siput.
2. Ketiadaan rumah kos rendah untuk keluarga-keluarga berpendapatan rendah.
3. Pencerobohan tanah adat Orang Asli oleh syarikat pembalakan.
4. Pengusiran petani dan penternak kecil dari tanah kerajaan yang diusahakan oleh mereka selama lebih 10 tahun.
5. Masalah ketiadaan peluang pekerjaan untuk golongan B40 di kawasan desa.
6. Kekurangan pasaran untuk buah-buahan tempatan.
7. Pendapatan rendah bagi pekebun kecil getah kerana harga rendah getah di pasaran antarabangsa.
8. Masalah perumahan bagi 9 buah kampung Peneroka Bandar.
9. Masalah projek perumahan terbengkalai – Taman Kenari.
10. Permohanan rakyat sungai siput untuk Perpustakaan Awam.

Dr. Jeyakumar juga memaklumkan kepada wakil Kerajaan Negeri bahawa PSM Sungai Siput bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak untuk menyelesaikan masalah rakyat Siput Siput.

Dr. Jeyakumar ialah bekas Ahli Parlimen Sungai Siput dari Mac 2008 hingga Mei 2018. Walaupun beliau kalah dalam PRU-14, Dr. Jeyakumar masih meneruskan pusat khidmatnya untuk mengendalikan aduan daripada rakyat tempatan. Semasa menjadi ahli parlimen, Dr. Jeyakumar merupakan satu-satunya wakil rakyat di Malaysia yang mengisytihar hartanya setiap tahun.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s