Parti Sosialis Malaysia (PSM) merupakan parti politik yang pertama di Malaysia di mana semua calonnya yang bertanding dalam pilihanraya mengisytihar harta. PSM mula mengambil bahagian dalam Pilihanraya Umum 1999. Sejak itu, semua calon PSM yang bertanding dalam pilihanraya akan mengisytihar harta.

PSM juga menjadi parti politik yang pertama di Malaysia di mana wakil rakyatnya (ahli parlimen, ADUN dan ahli majlis tempatan) mengisytihar harta setiap tahun selagi masih memegang jawatan tersebut. Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen PSM untuk kawasan Sungai Siput, telah mengisytihar hartanya untuk 10 tahun berturut-turut, sejak menang dalam pilihanraya pada tahun 2008, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh ahli-ahli parlimen yang lain.

Selain pengisytiharan harta, wakil rakyat PSM juga akan membentangkan kad laporan prestasi kerja setiap tahun.

Pengisytiharan harta adalah salah satu langkah penting untuk membawa amalan ketelusan dalam politik dan juga membolehkan masyarakat umum memantau serta memastikan wakil rakyat mereka tidak mempergunakan kedudukannya untuk mengkayakan diri sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s