(Berikut ialah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Gabungan Membantah Trump yang terdiri daripada pelbagai organisasi di Malaysia.)

Kami, gabungan pertubuhan-pertubuhan yang peduli Palestin, akan mengadakan perhimpunan aman membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada 26 Oktober 2025, bersempena Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur.

Perhimpunan ini akan berlangsung di Ampang Park, Kuala Lumpur, bermula jam 9.00 pagi hingga tengah hari.

Kami menyeru semua rakyat Malaysia — tanpa mengira agama, kaum, atau fahaman politik — untuk bersatu menyokong perjuangan rakyat Palestin. Ini adalah tindakan bersama atas nama Solidariti, Keamanan dan Keadilan.

Perhimpunan secara aman dan kebebasan bersuara, sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Hak berhimpun adalah asas kepada setiap masyarakat demokratik.

Kami menegaskan pendirian bahawa Donald Trump tidak dialu-alukan kerana sokongan tanpa syaratnya terhadap Israel dan dasar yang membolehkan genosida berterusan di Gaza. Kepimpinannya yang huru-hara menjejaskan keamanan dan kestabilan bukan sahaja di Timur Tengah tetapi di seluruh dunia.

Kami ingin menegaskan bahawa protes ini tidak ditujukan kepada  ASEAN. Sebaliknya, kami menyokong nilai-nilai ASEAN seperti keamanan, saling menghormati dan kerjasama serantau. Kami juga berbangga dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan menyeru Malaysia untuk tampil sebagai suara moral yang memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan.

Namun, kami berpendapat bahawa Donald Trump sama sekali tidak mencerminkan semangat dan nilai-nilai ASEAN. Tindakan serta pandangan dunianya bercanggah dengan komitmen ASEAN terhadap keamanan, dialog dan rasa hormat antara negara.

Perhimpunan kami akan berlangsung secara aman, mematuhi undang-undang dan menghormati ketenteraman awam. Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis serta mematuhi segala keperluan perundangan sepanjang acara berlangsung.

Perhimpunan ini akan berjalan secara aman dan mematuhi undang-undang. Kami akan bekerjasama dan bersikap damai untuk memastikan ketenteraman awam tidak terjejas. Tindakan kami tidak akan mengganggu Sidang Kemuncak ASEAN, tetapi untuk menyatakan kepada dunia pendirian rakyat Malaysia demi keadilan dan kemanusiaan.

Kami berdiri teguh bersama rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan dan semua bangsa yang tertindas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *