Deklarasi Hari Pekerja 1 Mei 2019
Tema Sambutan Hari Pekerja tahun ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei Satu adalah “TINGGIKAN GAJI, HENTIKAN DISKRIMINASI”. Tema ini dipilih sejajar dengan keadaan terkini, iaitu rakyat Malaysia tidak menerima gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh mereka.
Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu laporan yang menyatakan bahawa pekerja Malaysia tidak mendapat gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh mereka. Malah, banyak industri di negara ini memberikan gaji yang lebih rendah daripada pendapatan negara, iaitu hanya 35.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding gaji negara/ekonomi penanda aras yang sebanyak 52.7%.
Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Malaysia mewujudkan gaji kehidupan wajar (living wage) bagi pekerja Malaysia supaya mereka dapat menikmati taraf hidup minimum yang boleh diterima dan bebas daripada kekangan kewangan dan kesusahan. Pada masa yang sama, gaji minimum yang sedia ada haruslah ditingkatkan daripada RM 1,100 sebulan kepada RM 1,800 sebulan seperti yang disarankan oleh badan-badan masyarakat sivil, parti-parti politik dan kesatuan-kesatuan pekerja. Pakatan Harapan juga harus melaksanakan janji-janji pilihanraya dengan menaikkan gaji pekerja dengan serta-merta dan hentikan sebarang diskriminasi terhadap pekerja dari segi gaji, kewarganegaraan, gender, orientasi seksual dan kaum.
Akhir kata, 1 Mei adalah hari yang cukup istimewa, di mana hari ini disambut oleh pekerja di seluruh dunia dengan perhimpunan dan perarakan. Marilah kita tidak mensia-siakan hari yang bersejarah ini. Teruskan Membina Kuasa Pekerja kerana hanya pekerja yang mampu dan boleh membawa perubahan untuk semua.
Tuntutan Hari Pekerja 2019:
- WUJUDKAN/LAKSANAKAN GAJI KEHIDUPAN WAJAR untuk semua kelas pekerja.
- MENINGKATKAN GAJI MINIMUM KE RM1800 DENGAN SERTA-MERTA DAN MELAKSANAKAN COLA (Cost of Living Allowance – Elaun Kos Hidup) untuk menghadapi kenaikan kos hidup seperti yang disarankan oleh Bank Negara, di mana gaji minimum untuk hidup di Kuala Lumpur (KL) pada tahun 2016 dianggarkan sebanyak RM2,700 bagi orang dewasa, RM4,500 untuk pasangan tanpa kanak-kanak dan RM6,500 bagi pasangan dengan dua orang anak.
- HAK KESATUAN SEKERJA – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di negara ini.
- HAK PEKERJA WANITA – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan gangguan terhadap wanita di tempat kerja. Kuatkuasakan Konvensyen mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) dan gubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.
- WUJUDKAN JAMINAN KERJA– Hapuskan sistem kerja kontrak bagi kerja tetap yang memiskinkan pekerja di sektor kerajaan dan swasta.
- HAK PEKERJA MIGRAN – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.
- HENTIKAN PENSWASTAAN PERKHIDMATAN ASAS – Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan asas yang harus disediakan oleh Kerajaan untuk rakyatnya.
- HAK INDIVIDU YANG HIDUP DENGAN HIV – Pastikan tiada klausa atau budaya yang mempromosikan diskriminasi terhadap seseorang berdasarkan status HIV di tempat kerja atau insititusi pendidikan. Individu-individu HIV positif perlu diberikan akses kepada perubatan pada kos yang berpatutan dan diberikan manfaat perubatan dan insurans pada kadar yang sama.
- KEBEBASAN MEDIA – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan. Pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara harus dibatalkan.
- KAWAL HARGA BARANG – Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan, termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.
- HAK MAHASISWA – Naikkan gaji graduan dan hapuskan diskriminasi antara graduan. Berikan pendididkan percuma kepada semua pelajar, kanak-kanak migran dan pelarian; dan akhir sekali, Mansuhkan AUKU, Akta 174, dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa serta kembalikan autonomi mahasiswa.
- HAK ORANG ASAL/ASLI – Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal/Asli di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal/Asli.
- ALAM SEKITAR – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Perlombongan Bauksit, Lynas, Insinerator, loji nuklear dan lain-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.
- PERUMAHAN SELESA – Hentikan pengusiran paksa terhadap masyarakat marhaen, termasuk peneroka bandar, orang asal dan pekerja ladang. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan.
- HAK BERTANI DAN JAMINAN MAKANAN – Iktiraf dan berikan geran tanah kepada golongan petani yang telah lama bertani dan membekalkan hasil pertanian untuk kegunaan tempatan.
- MANSUHKAN AKTA ZALIM SEPERTI POCA, POTA, SOSMA DAN AKTA HASUTAN, serta segala undang-undang yang menindas rakyat.
- HAK BEKERJA ORANG KURANG UPAYA (OKU) HARUS DIJAMIN. Skim pekerjaan yang memberi peluang pekerjaan untuk OKU harus dilaksanakan.
- LAKSANAKAN JAMINAN PERLINDUNGAN SEKURITI SOSIAL untuk semua, termasuk Skim Pencen dan kemudahan untuk golongan warga emas.
- HENTIKAN DISKRIMINASI BERASASKAN GENDER DAN ORIENTASI SEKSUAL. Mansuhkan undang-undang, polisi dan tindakan yang mengakibatkan diskriminasi sedemikian. Gubal Akta Kesamarataan Gender (Gender Equality Act).
- HAK KANAK-KANAK. Melindungi dan menunaikan hak kanak-kanak mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak.
- HAK PELARIAN DAN PEMOHON SUAKA. Ratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan iktiraf hak pelarian dan pemohon suaka.
- HAK SAMARATA UNTUK SEMUA, tanpa mengira agama , kaum , jantina, gender, kewarganegaraan, status HIV dan seksualiti.
Deklarasi Hari Pekerja 1 Mei 2019 ini disokong oleh organisasi-organisasi berikut:
- Academy of Tamil Studies, Malaysia
- Agora Society Malaysia
- ALIRAN
- All Women’s Action Society (AWAM)
- Association of Women Lawyers
- Beyond Borders
- Borneo Komrad
- Centre for Independent Journalism (CIJ)
- Centre of Education. Research and Development (CEDAR) Malaysia
- Child Development Initiative Malaysia
- Community Development Centre (CDC)
- Council of Temples Malaysia
- Diversity
- FREEDOM
- Gabungan Pemandu Lori Perak
- Gabungan Pembebasan Akademik (GPA)
- Gabungan Selamatkan Petani and Peternak , Perak
- Gerak Malaysia
- Gerakan Pembebasan Wanita
- Group of Concerned Citizens Malaysia
- Imagined Malaysia
- Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan
- Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
- Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Bangi
- Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Braemar
- Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Brookhlands
- Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil
- Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Dunedin
- Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Klebang
- Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Ladang Kamiri
- Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Ladang Sungai Belata
- Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Ladang Victoria
- Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Semenyih
- Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Stratshila
- Jawatankuasa Bertindak Kg. Chubadak Tambahan, Sentul
- Jawatankuasa Bertindak Ladang Changkat Salak
- Jawatankuasa Bertindak Ladang Gedung
- Jawatankuasa Bertindak Ladang Jin Seng
- Jawatankuasa Bertindak Ladang Kalumpang
- Jawatankuasa Bertindak Ladang Padang Meha
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Kuda
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Chepor
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Gatco
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Hospital Quarters
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg baru pokok sena
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Jawa
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Kastam
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg kesinai
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Soon Lee
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Tok Suboh
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg wakaf jln mengkuang
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk PJS
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Rumah Transit Ampang Jajar
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Sg Kerian
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Tali Ayer
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Taman Permata, Dengkil
- Jawatankuasa Betindak Ladang Bagan Serai
- Jawatankuasa Hospital Cleaners Gemenceh
- Jawatankuasa HOSPITAL CLEANERS, KL
- Jawatankuasa Hospital Cleaners, Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kampung Bukit Kuda
- Jawatankuasa Hospital Cleaners Gemenceh
- Jawatankuasa HOSPITAL CLEANERS, KL
- Jawatankuasa Hospital Cleaners, Perak
- Jawatankuasa Penduduk Kampung Bukit Kuda
- Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka, Mantin
- Jawatankuasa Penduduk Padang Tembak
- Jawatankuasa Penduduk PPR Ampang Jajar
- Jawatankuasa Penyelesaian Perumahan Tetap Penduduk Jinjang Selatan Tambahan
- Jawatankuasa Perumahan Pekerja Berjayacity
- Justice for Sisters
- Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)
- Malaysia Muda
- Malaysian Association of Indian University Graduates
- Malaysian Dravidian Association
- Malaysian Hindu Youth Council
- Malaysian Indian Historical Association
- MJIIT VOICES (UTMKL)
- Nadi Mahasiswa
- Nationwide Human Development and Research Centre Malaysia
- North South Initiative
- Parti Sosialis Malaysia (PSM)
- Pelangi Campaign
- Pemuda Sosialis
- People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
- Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
- Persatuan Sahabat Sembaruthi
- Plantation Resource centre (PRC)
- Projek Dialog
- Pusat KOMAS
- Sabah Action Resource Group (SAWO)
- Sahabat Rakyat
- Sahabat Wanita
- Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
- Seksualiti Merdeka
- Selangor Action Team
- Sosialis Alternatif
- Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
- Tenaganita
- University of Malaya Association of New Youth
- Women’s Aid Organisation (WAO)
- Youth Section of Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (Youth-KLSCAH)
5 thoughts on “Deklarasi Hari Pekerja 1 Mei 2019”