KAPAR, SELANGOR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mula bertapak di kawasan Parlimen Kapar dengan Pusat Khidmat PSM Kapar dilancarkan secara rasminya pada 26 Februari 2023 untuk menawarkan perkhidmatan dan alternatif politik baharu kepada penduduk tempatan.

PSM Kapar diterajui oleh M. Sivaranjani, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM yang lama aktif terlibat dalam pelbagai usaha memperjuangkan hak pekerja. Sivaranjani merupakan Ketua Biro Pekerja PSM pada masa ini. Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun dalam usaha membantu rakyat tanpa mengira kaum, terutamanya memperjuangkan hak pekerja. Sivaranjani aktif terlibat dalam kempen-kempen rakyat yang penting seperti Kempen Gaji Minimum, Kempen Tabung Pemberhentian Kerja yang akhirnya membawa kepada pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Kempen Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan banyak lagi.

M. Sivaranjani

Dalam ucapannya semasa majlis perasmian Pusat Khidmat PSM Kapar, Sivaranjani berkata bahawa PSM bersedia untuk membawa nafas segar kepada politik negara kita dan menawarkan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk tempatan di kawasan Parlimen Kapar. Sivaranjani menyatakan penghargaannya kepada sokongan yang diberikan oleh penduduk-penduduk tempatan yang hadir ke majlis perasmian Pusat Khidmat PSM baharu ini, dan berharap akan mendapat lebih banyak sokongan lagi. Sivaranjani bertekad untuk meneruskan usahanya membela hak rakyat biasa dan menegakkan keadilan sosial.

Turut hadir bersama dalam perasmian Pusat Khidmat PSM Kapar ialah Dr. Nasir Hashim (mantan Pengerusi Nasional PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj (Pengerusi Nasional PSM), S. Arutchelvan (Timbalan Pengerusi Nasional PSM), A. Sivarajan (Setiausaha Agung PSM) dan Soh Sook Hwa (Bendahari Nasional PSM).

Dalam ucapannya semasa perasmian Pusat Khidmat PSM Kapar, Dr. Jeyakumar berkata bahawa kekayaan negara kita sudah meningkat sebanyak 30 kali ganda berbanding tahun 1970, tetapi rakyat masih menghadapi pelbagai tekanan ekonomi kerana pendapatan yang rendah. Oleh itu, PSM cuba menggesa untuk pelaksanaan dasar yang dapat mengagihkan kekayaan dengan lebih adil dan mewujudkan jaminan kesejahteraan bagi rakyat biasa. Dr. Jeyakumar memberitahu bahawa PSM telah memulakan satu kempen baharu untuk menggesa kerajaan supaya melaksanakan skim pencen warga emas RM500 kepada mereka yang tidak menerima apa-apa pencen kerajaan atau pencen PERKESO.

Pusat Khidmat PSM Kapar terletak di alamat: 16, Lorong Kapar Setia 8, Taman Emas, 42200, Kapar, Selangor.

Waktu pembukaan Pusat Khidmat PSM Kapar: Setiap hari Sabtu, 4 pm hingga 8 pm

No. Telefon: 010-2402159

2 thoughts on “PSM buka pusat khidmat baharu di Kapar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *