REMBAU, NEGERI SEMBILAN – 9 NOVEMBER 2022: Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk kawasan Parlimen Rembau, S. Tinagaran @ Cikgu Tina, amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa tandas awam di Pasar Awam Rembau dipenuhi air dan tidak boleh digunakan. Semasa tinjauan mesra di Pasar Rembau pada pagi tadi, Cikgu Tina tiba-tiba dipanggil oleh seorang peniaga di situ untuk melihat keadaan tandas yang teruk dan gagal diperbaiki oleh pihak berkuasa sejak sebulan lebih itu.

Cikgu Tina bertindak segera dan terus bergegas dengan pasukannya ke Majlis Daerah Rembau untuk membuat aduan. Aduan tersebut dibuat kepada En. Faez daripada Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan Majlis Daerah Rembau. Cikgu Tina meminta pada Majlis Daerah agar bertindak segera untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Cikgu Tina membuat aduan tentang masalah tandas awam di Pasar Awam Rembau.

Malangnya, alasan yang diberikan oleh pihak Majlis Daerah ialah mereka kekurangan kakitangan tetapi akan cuba mengatur orangnya ke situ. Cikgu Tina meminta pada Majlis Daerah untukmemaklumkan kepadanya apabila pihak Majlis Daerah datang ke pasar awam supaya pasukannya juga boleh bersama untuk meneliti kerja pembaikpulihan tandas awam tersebut.

“Amat menyedihkan kerana melihat satu kemudahan asas yang digunakan harian oleh penduduk Rembau diabaikan begini tanpa penyelenggaraan yang konsisten,” kata Cikgu Tina.

One thought on “Tandas awam Pasar Rembau rosak – Cikgu Tina buat aduan segera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *