(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2022 di seluruh dunia
1 Mei setiap tahun disambut sebagai Hari Pekerja Antarabangsa oleh gerakan pekerja, kiri, anarkis, komunis dan sosialis di seluruh dunia, bukan sahaja untuk memperingati perjuangan kelas pekerja dahulu yang memenangkan hak pekerja yang kita nikmati hari ini, tetapi juga untuk memobilisasi demi perjuangan pembebasan kelas pekerja dan rakyat bawahan yang belum selesai… Hari Pekerja Antarabangsa biasanya disambut dengan aksi-aksi perhimpunan dan perarakan setiap tahun. Tahun ini juga tidak berkecuali.
Selepas melalui pandemik COVID-19 yang mengganas untuk lebih 2 tahun dan krisis ekonomi global yang semakin teruk, tambahan pula dengan konflik geopolitik yang mencetuskan peperangan kerana kerakusan kuasa imperialis, perjuangan kelas pekerja di seluruh dunia sedang berhadapan dengan cabaran yang semakin hebat. Oleh itu, gerakan pekerja dan golongan kiri memikul tanggungjawab yang besar untuk terus mengorganisasi dan memobilisasi dalam usaha memperjuangkan alternatif sebenar yang mampu menjamin kesejahteraan masyarakat. Aksi sambutan Hari Pekerja Antarabangsa sudah pasti akan mengingatkan kita tentang kepentingan membina solidariti, organisasi dan mobilisasi kelas pekerja dari bawah dalam meneruskan perjuangan kita menentang sistem kapitalis yang eksploitatif dan ekstratif, dan demi perubahan sosial yang bersifat pembebasan.
Berikut ialah sepintas lalu sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini di merata tempat di seluruh dunia: