“Satu Mei menuntut pelaksanaan kerja 8 jam sehari. Walaupun selepas matlamat ini tercapai, sambutan Hari 1 Mei tidak berhenti. Selagi perjuangan pekerja melawan golongan borjuasi dan kelas pemerintah itu berterusan, selagi semua tuntutan tidak dipenuhi, Hari 1 Mei akan menjadi ekpresi tahunan untuk tuntutan-tuntutan ini. Dan, apabila hari yang lebih baik menjelang, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi pembebasannya, maka umat manusia juga mungkin akan meraikan Hari 1 Mei sebagai penghormatan kepada perjuangan yang getir dan banyak penderitaan yang dialami pada masa lampau.” – Rosa Luxemburg, What Are the Origins of May Day? (1894)
Hari Pekerja Sedunia disambut pada 1 Mei setiap tahun untuk memperingati perjuangan gerakan pekerja di seluruh dunia selama ini yang telah memenangkan hak pekerja yang dinikmati semua pada hari ini, di samping menyuntik semangat baharu kepada golongan pekerja untuk meneruskan perjuangan mempertahankan hak asasi pekerja dan merealisasikan cita-cita pembebasan kelas pekerja daripada segala bentuk penindasan.
Aksi sambutan Hari Pekerja yang dimulakan pada abad ke-19 telah berjaya mengehadkan jam kerja sehari tidak melebihi 8 jam, satu hak pekerja yang begitu asas pada hari ini. Ia bukan datang secara automatik, tetapi melalui perjuangan yang berpanjangan. Begitu juga dengan hak pekerja yang lain.
“Golongan sosialis percaya bahawa kerja lapan jam sehari ialah langkah pertama dan paling segera harus diambil… Ini bukannya penghujung tetapi hanya permulaan kepada perjuangan; ia adalah tidak cukup untuk datang berdemonstrasi di sini bagi menyokong kerja lapan jam sehari. Kita tidak harus seperti sesetengah golongan Kristian yang berdosa untuk 6 hari pergi ke gereja pada hari ketujuh, sebaliknya kita harus bercakap tentang perjuangan ini setiap hari, dan menjadikan orang ramai, dan khususnya wanita yang kita jumpa, menyertai barisan untuk membantu kita.” – Eleanor Marx, Ucapan dalam Perhimpunan Hari Buruh Pertama di London pada tahun 1890
Bersempena dengan sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini, Sosialis.net menganjurkan pameran poster dalam talian untuk mengetengahkan aspirasi perjuangan pekerja di negara kita.
Sosialis.net telah menerima sumbangan reka bentuk poster berkisar pada tema “Hidup Pekerja”, daripada beberapa orang yang datang dari pelbagai latar belakang.
Anda boleh memuat turun poster-poster ini, untuk ditampal di dalam ruang rumah atau pejabat anda, ataupun membawanya dan mempamerkannya dalam apa-apa aksi protes pekerja.
**********
Berikut ialah koleksi poster-poster “Hidup Pekerja”:
**********
Anda boleh memuat turun semua poster yang dipamerkan ini di sini.
4 thoughts on ““Hidup Pekerja!”: Pameran poster online Hari Pekerja Sedunia 2022”