Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

(gambar arkib)

Masalah rumah sebuah keluarga B40 dilelong oleh bank telah mencapai satu penyelesaian yang baik, begitu katanya S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 21 April 2021.

Keluarga Moganah A/P Muthaya, bersama-sama dengan aktivis-aktivis PSM, telah menyerahkan satu memorandum kepada Bank Negara pada 7 April 2021, ekoran rumah mereka dilelongkan oleh bank, malahan bekalan air dan elektrik ke rumah juga dipotong oleh pemilik rumah yang baharu.

S. Arutchelvan berkata, “Kami difahamkan melalui peguam kami bahawa satu penyelesaian yang baik telah dicapai antara kedua-dua pihak bank dan peminjam wang. Butiran kandungan penyelesaian tidak dapat didedahkan kerana ia merupakan persetujuan bersama yang dicapai antara dua pihak yang berkenaan.”

PSM mengucapkan terima kasih kepada pihak bank berkenaan, dan juga peguam yang membantu keluarga berkenaan dalam kes ini secara pro bono, iaitu Chan Yen Hui dan Terrance Teng. “Dengan mencapai persetujuan ini, isu perumahan mereka dapat diselesaikan, sementara kami juga difahamkan bahawa bekalan air dan eletrik ke rumah mereka sudah dipulihkan semula,” kata Arutchelvan.

“Satu kes selesai, bukan bererti sistem sudah baik. Yang penting adalah isu ini adanya satu peyelesaian. Akhirnya sebuah keluarga B40 menang dan mendapat pembelaan. Namun, PSM bercadang membawa isu ini kepada perhatian Bank Negara kerana terdapat banyak terma dalam perjanjian pinjaman yang amat berat sebelah dan tidak membela hak peminjam,” tambah Arutchelvan dalam satu hantaran dalam akaun facebooknya.

2 thoughts on “Masalah rumah keluarga B40 dilelong bank selesai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *