oleh Dr. Nasir Hashim

Sedarlah

Kita dipilih kibarkan panji-panji PSM

menjelajahi pelusuk negara dan dunia

melawan asakan kapitalis yang

menyembah nafsu keuntungan dan

berfoya-foya dengan janji-janji manis

Kau berazam

rela menggadaikan kebebasan diri

demi mencantas penindasan yang mencengkam jiwa insani

Awasilah

Bersepakatlah dengan baik

agar kejinakan mu itu tidak

membenamkan ideologi sosialisme tercinta ini

menjadi mangsa dalam percaturan politik semasa

Kerana

aura sosialisme harus diabadikan dan dirasai dalam

segala rentak ragam mu

segala kata-kata mu

segala penulisan dan kupasan mu

Agar mengharumkan lagi keindahan ideologi mu ini

Menegur sapa tentang perjuangan 

Segar menyusun alaf baharu

Salam perjuangan

==========

Dr. Nasir Hashim ialah mantan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *