Perjuangan demokrasi sedang membara di negara Thailand.
Gerakan pro-demokrasi Thailand telah mengemukakan tuntutan yang termasuk:
- Membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya yang baru;
- Menghentikan gangguan terhadap rakyat yang mengkritik kerajaan;
- Menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan perlembagaan bersifat autoritarian sekarang yang dibuat oleh rejim pemerintahan tentera selepas kudeta tahun 2014.
- 10 tuntutan untuk pembaharuan terhadap sistem monarki di Thailand bersesuaian dengan prinsip-prinsip demokrasi.
Kerajaan Thailand pimpinan Prayut Chan-o-cha mengisytihar darurat baru dan menggunakan penangkapan terhadap aktivis-aktivis pro-demokrasi dalam cubaannya untuk mematahkan kebangkitan rakyat Thailand. Namun, rakyat Thailand yang memperjuangkan perubahan demokratik sebenar tetap meneruskan aksi demonstrasi.
Rakyat Thailand perlu bernafas dengan demokrasi! Solidariti untuk rakyat Thailand yang memperjuangkan demokrasi!
(Lukisan kartun oleh Antara Garis Hitam)