20200529 - KEREM YUCEL AFP.Getty Images 9840276

dikarang oleh Lee Ricson (disunting oleh Theng Jee Shen)

Di Amerika Syarikat, kempen dan rusuhan terhadap keganasan polis dan rasisme telah meletus pada skala yang tidak pernah terlihat setelah kematian George Floyd. Walaupun keempat-empat polis yang terlibat menghadapi tindakan tertentu, namun tindakan tersebut hanyalah amaran sahaja yang tidak berkesan langsung. Para aktivis dapat mengawal seluruh kawasan kejiranan di dalam bandar (1), manakala polis dan askar bertindak di luar batasan mereka sendiri, malahan kerajaan Amerika Syarikat berada dalam krisis kehilangan kawalan untuk pertama kalinya dalam sejarah Amerika Syarikat. Dalam esei ini, saya akan menerangkan masalah yang dihadapi oleh golongan elit Amerika, dan mengapa mereka semakin membeku dalam menanggapi demonstrasi seperti itu yang menarik banyak sokongan rakyat. Apa yang dapat dilakukan oleh mereka?

Mengapakah keempat-empat pegawai polis yang jelas terlibat dengan aktiviti pembunuhan ketika itu tidak segera didakwa dan dipenjarakan? Masalah yang akan berlaku sekiranya senario di atas terjadi adalah bahawa golongan elit akan mengkhianati polis secara langsung. Sebagai konteks, polis telah dijadikan sebagai alat utama bagi penindasan domestik elit, yang digunakan oleh mereka untuk melindungi harta benda mereka dan untuk menindas seluruh rakyat. Oleh sebab itu, tahap kepercayaan yang tertentu diperlukan antara golongan elit dengan polis melibatkan kedua-dua pihak. Sudah lama diketahui bahawa nasionalis bangsa putih bukan sahaja telah menyusup masuk ke dalam sebahagian besar agensi polis Amerika, malahan telah mengalahkan mereka (2, 3). George Floyd bukanlah kejadian yang luar biasa kerana di Amerika Syarikat terdapat ribuan insiden pembunuhan “George Floyd” yang tidak pernah tertangkap melalui video (4).

Beribu-ribu pegawai menyedari jenayah Derek Chauvin kerana mereka pernah terlibat dalam kegiatan sebegitu sendiri, ataupun sekurang-kurangnya, tidak menunjukkan minat terhadap kejadian itu. Oleh itu, jika kerajaan elit itu menghukumi empat orang “pelindung” mereka sendiri bagi jenayah supremasi bangsa putih ini, maka tindakan itu membawa maksud pengkhianatan kepada keseluruhan jabatan polis autoritarian. Sekiranya pasukan polis ini berasa tertipu, mereka mungkin tidak akan mahu menaruhkan nyawa mereka di garisan pertahanan untuk mempertahankan para elit lagi. Bukan itu sahaja, ramai juga yang mungkin bergabung kuasa dengan para aktivis. Kaum elit tidak lagi memiliki barisan perlindungan pertama, dan semua tanah, alat produksi, dan bidang kekuasaan mereka akan terancam. Jadi, jawapannya negatif, pertubuhan korporat tidak terdaya untuk memberi keadilan kepada George Floyd. Memang, mereka sudah mengambil selangkah undur ke belakang, dengan “fakta” yang benar-benar boleh dipertikaikan, bergegas keluar dari pejabat koroner yang ingin menunjukkan kisah bahawa kematian penduduk kejiranan yang mulia, iaitu George Floyd, bukanlah disebabkan lutut yang ditekan pada lehernya selama 9 minit, tetapi disebabkan oleh bahan narkotik yang masih belum dikenal pasti lagi (5). “Bukti” yang korup ini menimbulkan kesangsian terhadap setiap bentuk tinjauan undang-undang, dan Chauvin berkemungkinan besar hanya akan menerima hukuman penjara selama beberapa tahun sahaja. Bagi kaum elit Amerika, “tidak mempunyai polis yang ganas” bukanlah satu pilihan kepada mereka.

Jadi mengapa tidak mencuba yang sebaliknya? Mengapa tidak mengutuk rusuhan dan demonstrasi, serta mendorong polis untuk membuat tangkapan sesuka hati? Ini ialah perkara yang ingin dilakukan dan telah cuba dilakukan oleh kaum elit di tempat-tempat tertentu, kerana ini boleh memaksa para aktivis kembali ke rumah mereka, mengambil alih kawalan jalan raya dan membasmi para demonstran dengan berkesan untuk mula mengembalikan keadaan normal. Secara umumnya ini merupakan cara bagaimana mereka menangani demonstrasi besar seperti ini pada tahun-tahun sebelumnya. Namun yang terjadi secara khusus di sini adalah golongan elit telah menghadapi dilema yang belum pernah dilihat atau diketahui oleh golongan pemerintah Amerika, dan mereka tidak mempunyai jalan keluar segera.

Protes itu terlalu besar daripada apa yang dapat diatasi oleh mereka. Walaupun mereka memiliki kuasa untuk menangkap beratus ribu orang di seluruh negara, namun orang yang sedang berprotes telah mencapai jumlah berjuta-juta (6). Mereka tidak memiliki kekuatan untuk menangkap mereka, jumlah orang yang terlalu banyak menjadikannya mustahil untuk membuat tangkapan kerana polis di tempat-tempat tertentu kehilangan kuasa atau tidak dapat mengawal keadaan. Selain itu, polis juga berhadapan dengan tentangan daripada persatuan pekerja yang enggan mematuhi arahan polis untuk memindahkan para demonstran ke penjara. Tetapi atas semua itu, di sebalik usaha media korporat untuk menghancurkan demonstrasi, mereka disambut dengan minat masyarakat yang kuat bahkan lagi beberapa tokoh awam yang penting. Sudah tentu, kumpulan radikal, yang menyuarakan seruan mereka dalam perjuangan, memberi sokongan mereka di sebalik demonstrasi dengan segera. Ahli politik, pelakon, pemaju, dan syarikat lain secara diam-diam membuat persiapan untuk menyembunyikan diri. Mereka mungkin mengkritik isu perkauman dengan menggunakan ucapan yang sederhana, tetapi malangnya sangat sedikit yang diperkatakan mengenai demonstrasi tersebut. Seperti golongan elit, ramai antara mereka yang menentang demonstran secara sembunyi-sembunyi, tetapi dilemas oleh sebahagian besar yang menyokong BLM (Black Lives Matter).

Kepada golongan elit yang sombong, yang menjadi begitu cuai dan tamak, saya katakan ini. Sejarah mempunyai arah dan momentum, dan engkau sekarang sedang berdiri di atas laluannya. Engkau juga, merupakan tinggalan di dunia yang kini sudah jauh melampaui engkau. Oh golongan elit yang menakutkan, segala hari yang baik telah jauh ditinggalkan di belakang engkau, dan oleh kerana itu engkau patut menangis dan putus asa! Dan kepada para aktivis, saya katakan ini. Cari tekad anda, kerana semua hari yang baik anda masih belum menyusul! Golongan elit telah mencuri masa depan anda, jadi sekarang kita tidak mempunyai pilihan selain membinanya sendiri! Pencarian keadilan untuk George Floyd telah menjadi pencarian keadilan untuk seluruh dunia! Pada akhirnya, saudara-saudari sekalian, anda mungkin akan menyedari bahawa dengan memutuskan rantai anda, anda telah membebaskan seluruh umat manusia bersama-sama dengan anda.

Nota:

  1. “The Rise and Fall of CHOP, Seattle’s Police-Free … – Rewire.org.” 3 Aug. 2020, https://www.rewire.org/the-rise-and-fall-of-chop-seattles-police-free-protest-zone/. Accessed 31 Aug. 2020.
  2. “White supremacists and militias have infiltrated police across US.” 27 Aug. 2020, https://www.theguardian.com/us-news/2020/aug/27/white-supremacists-militias-infiltrate-us-police-report. Accessed 31 Aug. 2020.
  3. “The FBI warned for years that police are cozy with the far right ….” 28 Aug. 2020, https://www.theguardian.com/commentisfree/2020/aug/28/fbi-far-right-white-supremacists-police. Accessed 31 Aug. 2020.
  4. “In fatal shootings by police, 1 in 5 officers’ names go undisclosed.” 1 Apr. 2016, https://www.washingtonpost.com/investigations/in-fatal-shootings-by-police-1-in-5-officers-names-go-undisclosed/2016/03/31/4bb08bc8-ea10-11e5-b0fd-073d5930a7b7_story.html. Accessed 31 Aug. 2020.
  5. “George Floyd death cop Derek Chauvin wants … – The Sun.” https://www.thesun.co.uk/news/12535324/george-floyd-death-derek-chauvin-murder-charges-thrown-out/. Accessed 31 Aug. 2020.
  6. “Black Lives Matter May Be the Largest Movement in US History.” 3 Jul. 2020, https://www.nytimes.com/interactive/2020/07/03/us/george-floyd-protests-crowd-size.html. Accessed 31 Aug. 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *