48965799 - close-up asphalt at the road under construction.

oleh Sharan Raj

Cadangan Menteri Kerja Raya untuk memasukkan sebahagian daripada hasil cukai jalan kenderaan ke dalam satu peruntukan khas untuk membaiki kerosakan Jalan Persekutuan di seluruh negara amat dialu-alukan.

Kerajaan Persekutuan seharusnya memberi fokus untuk meningkatkan daya tahan jalan berturap di Malaysia.

Negara lain telah membuktikan bahawa pencampuran sisa tayar, sisa plastik atau getah ke dalam jalan berturap mampu meningkatkan daya tahan jalan raya.

Jalan raya berturap campuran jauh lebih tahan lasak pada cuaca dan kenderaan berat dapat mengurangkan retakan dan jalan berlubang

Pengurangan kekerapan membaiki dan menurap jalan akan menjimatkan cukai rakyat dalam jangka masa terdekat.

Peningkatan daya tahan jalan raya akan mengurangan kadar kemalangan jalan raya yang akan mengurangkan kesesakan di hospital awam.

Namun demikian, kerajaan masih buntu di fasa “kajian”.

Menteri Kerja Raya seharusnya mewajibkan penggunaan turap bercampur di semua jalan raya awam.

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Pengerusi PSM Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *