Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan bahawa gaji minimum dinaikkan ke RM1,200 sebulan untuk 57 kawasan bandar utama di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. Gaji minimum untuk semua tempat selain daripada 57 bandar ini akan kekal RM1,100 sebulan.
Keputusan untuk menaikkan gaji minimum di bandar utama dibuat oleh kerajaan susulan pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan pada 11 Oktober 2019.
Bandaraya dan bandar yang disenaraikan untuk kenaikan gaji minimum ke RM1,200 ialah seperti berikut:
- Bandaraya Johor Bahru, Johor
- Bandaraya Iskandar Puteri, Johor
- Bandaraya Alor Setar, Kedah
- Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka
- Bandaraya Pulau Pinang, Pulau Pinang
- Bandaraya Seberang Perai, Pulau Pinang
- Bandaraya Ipoh, Perak
- Bandaraya Shah Alam, Selangor
- Bandaraya Petaling Jaya, Selangor
- Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu
- Bandaraya Kuching Utara, Sarawak
- Bandaraya Kuching Selatan, Sarawak
- Bandaraya Miri, Sarawak
- Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
- Bandaraya Kuala Lumpur
- Bandar Batu Pahat, Johor
- Bandar Kluang, Johor
- Bandar Kulai, Johor
- Bandar Muar, Johor
- Bandar Segamat, Johor
- Bandar Pasir Gudang, Johor
- Bandar Kulim, Kedah
- Bandar Sungai Petani, Kedah
- Bandar Langkawi, Kedah
- Bandar Kubang Pasu, Kedah
- Bandar Kota Bharu, Kelantan
- Bandar Alor Gajah, Melaka
- Bandar Jasin, Melaka
- Bandar Hang Tuah Jaya, Melaka
- Bandar Seremban, Negeri Sembilan
- Bandar Nilai, Negeri Sembilan
- Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan
- Bandar Jempol, Negeri Sembilan
- Bandar Kuantan, Pahang
- Bandar Temerloh, Pahang
- Bandar Bentong, Pahang
- Bandar Manjung, Perak
- Bandar Kuala Kangsar, Perak
- Bandar Taiping, Perak
- Bandar Teluk Intan, Perak
- Bandar Kangar, Perlis
- Bandar Ampang Jaya, Selangor
- Bandar Kajang, Selangor
- Bandar Klang, Selangor
- Bandar Selayang, Selangor
- Bandar Subang Jaya, Selangor
- Bandar Sepang, Selangor
- Bandar Kemaman, Terengganu
- Bandar Dungun, Terengganu
- Bandar Padawan, Sarawak
- Bandar Sibu, Sarawak
- Bandar Kota Samarahan, Sarawak
- Bandar Bintulu, Sarawak
- Bandar Sandakan, Sabah
- Bandar Tawau, Sabah
- Bandar Labuan, Sabah
- Bandar Putrajaya
2 thoughts on “Gaji minimum RM1,200 untuk 57 buah bandar mulai 1 Januari 2020”