Johor Bahru: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Johor melancarkan Kempen Perumahan di peringkat negeri Johor pada 28 Mei 2019 dalam satu sidang akhbar khas. Kempen tersebut bertujuan untuk mendesak Kerajaan Negeri Johor supya menyediakan perumahan yang benar-benar mampu milik untuk semua rakyat.
Aktivis PSM Johor P. Mohan berkata, “Banyak rumah di negeri Johor dijual pada harga yang amat tinggi, kerana ia berdekatan dengan Singapura dan mereka yang bekerja di Singapura dianggap mampu membeli rumah dengan harga yang lebih tinggi. Namun, ramai di kalangan kelas pekerja di negera kita menderita kerana tidak mampu menampung kehidupan kerana harga rumah yang tinggi.”
Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah Parvathy, seorang ibu tunggal yang diancam pengusiran keluar daripada rumah sewanya kerana dia tidak mampu membayar sewa yang tinggi. Parvathy hanya mendapat gaji minimum RM1,100 sebulan. Pavarthy cuba memohon rumah mampu milik sejak tahun 2017 tetapi tiada jawapan daripada kerajaan. PSM Johor telah membantu Pavarthy untuk menghantar sepucuk surat dengan segera kepada Dzulkefly Ahmad selaku Ahli Exco Negeri Johor yang mempengerusikan Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar, untuk memohon campurtangan Kerajaan Negeri Johor. Ramai lagi orang seperi Pavarthy yang terpaksa menanggung kesusahan kerana tidak mampu membayar sewa rumah yang tinggi, dan memiliki sebuah rumah hanyalah mimpi yang jauh untuk mereka. PSM Johor telah mendapat panggilan daripada Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang memberi jaminan bahawa kerajaan akan membantu Pavarthy untuk mendapatkan perumahan alternatif.
Kempen Perumahan PSM di Johor akan melibatkan kajian sosal selidik tentang kemampuan rakyat untuk memiliki rumah dan menyebarkan maklumat tentang tuntutan PSM untuk menurunkan harga rumah mampu milik. Kempen di Johor ini akan berlangsung selama sebulan.
One thought on “PSM lancar Kempen Perumahan di Johor”