SEMENYIH, SELANGOR – 28 FEBRUARI 2019: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil kesempatan Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih untuk melancarkan semula hotline aduan gaji minimum. Pelancaran yang dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di Pusat Khidmat PSM Semenyih pada hari ini, dihadiri oleh M. Sivaranjani (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM merangkap Penyelaras Biro Pekerja PSM), S. Arutchelvan (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM) dan Nik Aziz Afiq (calon PSM untuk PRK Semenyih)..

PSM ialah satu-satunya parti politik yang amat konsisten dalam memperjuangkan gaji minimum yang mampu sara hidup untuk pekerja. Kempen PSM yang berterusan untuk menuntut gaji minimum sejak tahun 2001 telah membolehkan gaji minimum menjadi realiti pada tahun 2013.

Walaupun setiap kali kerajaan menaikkan sedikit kadar gaji minimum, masih terdapatnya majikan yang berdegil untuk tidak mematuhi tetapan undang-undang ini. Adanya majikan yang masih teruskan skala gaji yang lama.

Sesebuah kerajaan yang membuat dasar harus juga mempunyai mekanisme untuk memastikan pelaksanaan berlaku secara efisyen di peringkat akar umbi. Walaupun Kerajaan gagal berbuat demikian, sejak tahun 2013 iaitu apabila bermulanya pelaksanaan undang-undang gaji minimum, PSM sudahpun wujudkan mekanisme pemantauan pelaksaan gaji minimum untuk memastikan majikan membayar mengikut Perintah Gaji Minimum.

PSM melancarkan aduan hotline di setiap negeri, supaya pekerja yang tidak dibayar gaji minimum boleh menghubungi PSM untuk mendapat khidmat nasihat untuk mengambil tindakan dan membuat aduan terhadap majikan mereka.

Melalui sistem pemantauan ini, PSM telah menyalurkan banyak aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara berkenaan dengan majikan yang gagal membayar mengikut tetapan Perintah Gaji Minimum.

“Apa yang dibuat oleh PSM sekarang sebenarnya sesuatu yang harus dilakukan oleh Kerajaan. PSM adalah satu-satunya parti politik yang mempunyai hotline aduan gaji minimum,” begitu katanya S. Arutchelvan semasa pelancaran hotline gaji minimum.

Dengan pelaksanaan kadar baru gaji minimum RM1100 sebulan mulai 1 Januari 2019, PSM telah melancarkan aduan hotline gaji minimum, untuk pekerja membuat aduan sekiranya majikan tidak membayar mengikut kadar gaji minimum yang baru.

PSM juga mengambil peluang PRK ini untuk mengadakan sidang akhbar khas untuk melancarkan Hotline Aduan Gaji Minimum.

Berikut adalah maklumat hotline aduan PSM di peringkat Nasional:

gaji minimum.jpg

PSM juga mempunyai talian hotline khusus untuk penduduk Semenyih (hotline ini akan diteruskan selepas PRK Semenyih):

hotline semenyih.jpg

One thought on “PSM lancar hotline aduan gaji minimum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *