IMG-20190517-WA0032.jpg

KAJANG, SELANGOR – 17 MEI 2019: Hasil daripada desakan yang berterusan daripada penduduk Ladang Bangi dan pelbagai pihak, laluan masuk ke Kuil Hindu Ladang Bangi akhirnya dibuka oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk membolehkan akses penganut Sri Maha Karumariamman ke kuil tersebut.

Laluan ke Kuil Ladang Bangi telah ditutup untuk lebih seminggu. Setelah banyak pihak memberikan tekanan dan pihak pemaju Transloyal berdegil untuk tidak membuka laluan, penduduk Ladang Bangi pada hari ini bersiap sedia untuk memotong mangga pintu pagar yang dikunci untuk membuka semula laluan ke Kuil Ladang Bangi. Namun,  pada pukul 4 petang tadi, pegawai daripada MPKj telah datang untuk membuka laluan tersebut.

S. Arutchelvan, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang juga merupakan Penasihat kepada Jawatankuasa Bekas Pekerja Ladang Bangi, mengucapkan terima kasih kepada MPKj kerana akhirnya membuka laluan tersebut walaupun agak lambat sedikit dalam mengambil tindakan.

Penduduk di situ akan terus memantau untuk memastikan laluan tersebut tidak ditutup lagi oleh pihak pemaju.

Baca lanjut tentang latar belakang isu:

Pemaju Transloyal sekat laluan masuk ke Kuil Ladang Bangi 

Mengapa MPKj tidak bertindak? Mengapa pemaju begitu kebal? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *