Walaupun rakyat Malaysia sudah lama menunggu kepulangan Jho Low yang melarikan diri itu untuk dibawa ke muka pengadilan, nampaknya memburu Murray Hunter merupakan isu yang lebih penting bagi kerajaan buat masa itu.
Mengenai Perang Kemboja-Thailand
Pendamaian antara negara adalah satu-satunya penyelesaian yang adil untuk rakyat terbanyak.
Konflik sempadan Kemboja-Thailand: Pertumpahan darah yang didorong ultranasionalisme
Konflik peperangan antara negara yang berkisar pada tuntutan wilayah sering digunakan oleh kelas pemerintah di sesebuah negara untuk memperluaskan kekuasaan jentera keganasan negara demi melindungi kepentingan ekonomi mereka dan mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah asas masyarakat.
Thailand: Calon PM pilihan rakyat disekat daripada membentuk kerajaan
Calon Perdana Menteri yang dikemukakan oleh Parti Langkah Jauh yang memenangi kerusi terbanyak dalam Pilihan Raya Umum Thailand 2023 gagal membentuk kerajaan apabila kebanyakan Senator yang bukannya dipilih secara demokratik mengundi untuk menolaknya! Ini bagaikan satu kudeta sebelum kerajaan dibentuk dan membelakangkan pilihan demokratik rakyat di Thailand.
Pilihan Raya Umum Thailand 2023: Parti anti-tentera menang besar
Parti-parti politik yang anti-tentera mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya umum yang bersejarah di Thailand.
Thailand: Rakyat berprotes tuntut pembebasan aktivis pro-demokrasi
(sumber foto: Prachatai) Rakyat Thailand yang berprotes secara besar-besaran sejak tahun lalu untuk menuntut pembaharuan demokratik, terus beraksi di jalanan apabila mahkamah menafikan ikat jamin untuk 4 orang aktivis pro-demokrasi yang ditahan baru-baru ini. 4 orang aktivis pro-demokrasi, Parit Chiwarak, Anon Nampa, Somyot Pruksakasemsuk dan Patiwat Saraiyaem, telah didakwa di bawah Seksyen 112 Kanun Jenayah … Continue reading Thailand: Rakyat berprotes tuntut pembebasan aktivis pro-demokrasi
Imbas kembali 2020 (Antarabangsa): Pandemik koronavirus dan perjuangan masyarakat yang berterusan
Tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar untuk rakyat di seluruh dunia. Dengan kes jangkitan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) yang paling awal dikesan di bandaraya Wuhan, China, dan mula merebak ke seluruh dunia sejak awal tahun 2020, pandemik koronavirus masih mengancam dunia kita dengan kes jangkitan yang terkumpul mencecah 80 juta dan angka kematian melebihi … Continue reading Imbas kembali 2020 (Antarabangsa): Pandemik koronavirus dan perjuangan masyarakat yang berterusan
(Komik) Solidariti untuk perjuangan demokrasi di Thailand
Perjuangan demokrasi sedang membara di negara Thailand. Gerakan pro-demokrasi Thailand telah mengemukakan tuntutan yang termasuk: Membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya yang baru;Menghentikan gangguan terhadap rakyat yang mengkritik kerajaan;Menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan perlembagaan bersifat autoritarian sekarang yang dibuat oleh rejim pemerintahan tentera selepas kudeta tahun 2014.10 tuntutan untuk pembaharuan terhadap sistem monarki di Thailand bersesuaian … Continue reading (Komik) Solidariti untuk perjuangan demokrasi di Thailand
Thailand: Darurat gagal sekat rakyat turun ke jalanan
Walaupun Kerajaan Thailand pimpinan Prayut Chan-o-cha mengisytihar darurat di bandaraya Bangkok pada 15 Oktober 2020, tetapi gagal menyekat puluhan ribu rakyat Thailand daripada terus berdemonstrasi di jalanan untuk menuntut perletakan jawatan Prayut sebagai Perdana Menteri dan pelaksanaan pembaharuan demokratik di negara yang sering berlakunya kudeta tentera itu. Darurat yang diisytihar pada 15 Oktober 2020 mengharamkan … Continue reading Thailand: Darurat gagal sekat rakyat turun ke jalanan
Thailand: Darurat diisytihar untuk sekat kebangkitan rakyat
(foto oleh Rapeephat Sitichailapa / AP Photo) Kerajaan Thailand pimpinan Prayut Chan-o-cha mengisytihar darurat di bandaraya Bangkok pada awal pagi 15 Oktober 2020 untuk menyekat demonstrasi rakyat pro-demokrasi yang semakin hebat di situ. 21 orang aktivis pro-demokrasi yang cuba mendirikan khemah berdekatan dengan Tugu Peringatan Demokrasi di Lebuh Ratchadamnoen pada 13 Oktober 2020, sehari sebelum … Continue reading Thailand: Darurat diisytihar untuk sekat kebangkitan rakyat