“Pandora Papers”: Satu lagi tsunami pembongkaran maklumat yang tidak mengejutkan

Pembongkaran maklumat dalam Pandora Papers menjadi salah satu daripada bukti bertimbunan yang menunjukkan bahawa sistem kapitalis global pada hari ini masih terus membiak golongan parasit yang mengkayakan diri mereka sendiri dengan cara menyembunyikan kekayaan di tempat berlindung cukai selepas mengeksploitasi golongan tenaga kerja dan memiskinkan lagi golongan miskin. Orang kaya memanggil ini sebagai “pengurusan kekayaan” (wealth management), tetapi realitinya ialah perampasan yang berterusan terhadap masyarakat.

6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion

6 buah syarikat gergasi di “Lembah Silikon” Amerika Syarikat, iaitu Amazon, Apple, Facebook, Google, Microsoft dan Netflix, yang juga dikenali sebagai “Silicon Six” telah mengelak diri daripada membayar lebih USD 100 bilion dalam cukai global untuk dekad ini! Pendedahan ini dibuat dalam satuanalisis yang diterbitkan baru-baru ini oleh Fair Tax Mark, satu kumpulan yang beribupejabat di … Continue reading 6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion