Revolusi Inggeris ialah revolusi borjuis yang hebat selepas Pemberontakan Belanda dan sebelum Revolusi Perancis yang akan berlaku lebih satu abad kemudian. Ia merupakan perjuangan kelas yang hebat antara kelas pemerintah feudal yang lama (raja, golongan bangsawan lama dan golongan tuan tanah feudal) dan kelas borjuis yang baharu muncul pada masa itu (seperti golongan pedagang, golongan gentri dan golongan pemilik tanah yang bukan keturunan bangsawan lama) yang disokong oleh kelas-kelas sosial menengah serta bawahan (seperti golongan petani kecil, golongan pemilik harta kecil, tukang-tukang dan askar-askar bawahan).
Pemberontakan Belanda (Siri Revolusi Dunia – 02)
Pemberontakan Belanda ialah revolusi borjuis yang paling awal. Pemberontakan Belanda mendirikan republik borjuis yang pertama di dunia.
Perjuangan kelas sebelum kapitalisme (Siri Revolusi Dunia – 01)
Pertentangan kelas sentiasa ada selagi masyarakat kelas itu masih wujud. Perjuangan kelas boleh tercetus apabila pertentangan kelas itu tidak dapat lagi dibendung, sama ada dengan cara yang lembut atau keras. Perjuangan kelas yang hebat pada zaman sebelum wujudnya kapitalisme pernah berlaku di banyak tempat di seluruh dunia. Di mana adanya ketidaksamarataan, ketidakadilan, perhambaan, pemaksaan dan penindasan, di situ semestinya timbul perjuangan kelas untuk mengubah keadaan.