Penganiayaan menjelang Hari Raya, keuntungan yang hanya jadikan kontraktor kaya

oleh Cecilia Anthonysamy Hasbiah, umur 47 tahun, telah menjadi pekerja pembersihan di sekolah kerajaan di Batu Arang selama 11 tahun. Setiap 3 tahun, dia telah diberi kontrak bekerja  untuk 3 tahun seterusnya. Walaupun setiap 3 tahun kontraktor bertukar, dia tidak pernah risau, kerana kontrak pekerjaannya akan tetap diteruskan, sebagai pekerja baru di bawah kontraktor baru. … Continue reading Penganiayaan menjelang Hari Raya, keuntungan yang hanya jadikan kontraktor kaya

Menteri Pendidikan berjanji untuk hentikan penindasan terhadap pekerja kontrak sekolah

oleh Wan Zamzahidi Wan Zahid Pada 27 Mac 2019, bermula jam 2.15 petang, telah diadakan satu pertemuan antara Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dengan Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia, yang berlangsung di Bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi di Presint 5, Putrajaya. Antara lain, JPKK telah mengemukakan permasalahan yang melibatkan pekerja-pekerja kontrak kerajaan di sekolah-sekolah di … Continue reading Menteri Pendidikan berjanji untuk hentikan penindasan terhadap pekerja kontrak sekolah

Kementerian Pendidikan harus selesaikan masalah ketidakjaminan kerja pekerja kontrak di sekolah kerajaan

PUTRAJAYA – 27 MAC 2019: Wakil Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) bersama dengan akvitis daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah berjumpa dengan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik pada hari ini, untuk membawa isu jaminan kerja yang dihadapi oleh pekerja-pekerja kontrak di sekolah kerajaan kepada perhatian pihak Kementerian Kesihatan. Pekerja-pekerja kontrak di sekolah kerajaan termasuk pekerja … Continue reading Kementerian Pendidikan harus selesaikan masalah ketidakjaminan kerja pekerja kontrak di sekolah kerajaan

Pekerja pembersihan dapat balik gaji sebulan yang tertunggak 3 tahun dahulu

SUBANG JAYA, SELANGOR – 21 MAC 2019: 4 orang pekerja kontrak berjaya mendapat balik gaji sebulan yang tidak dibayar 3 tahun dahulu pada hari ini setelah bekas majikan bersetuju untuk membayar. 4 orang pekerja ini ialah pekerja pembersihan yang diupah oleh kontraktor Sekilas Enterprise pada bulan Mei 2013 hingga Mei 2016. Mereka bekerja di Sekolah … Continue reading Pekerja pembersihan dapat balik gaji sebulan yang tertunggak 3 tahun dahulu

Pengawal keselamatan menang kes mahkamah lawan majikan yang tidak bayar ikut Perintah Gaji Minimum

MELAKA – 6 MAC 2019: Mahkamah Tinggi Melaka telah memutus pada hari ini bahawa 12 orang pekerja kawalan keselamatan yang berkhidmat di sekolah-sekolah di Melaka harus dibayar pampasan oleh majikan lama mereka, kerana gaji tidak dibayar mengikut pengiraan yang sepatutnya. Majikan lama pekerja-pekerja ini, syarikat Aura Security, diarahkan oleh Hakim Dato Azman untuk membayar pampasan … Continue reading Pengawal keselamatan menang kes mahkamah lawan majikan yang tidak bayar ikut Perintah Gaji Minimum

KPM jangan cuci tangan daripada perlindungan untuk ribuan pekerja kontrak yang hilang kerja

oleh Mohanarani Rasiah Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa dengan kenyataan Kementerian Pendidikan (Berita Harian online 26/2/19) yang menafikan peranan Kementerian dalam isu kehilangan kerja 12,000 orang pengawal keselamatan dan mungkin lebih ramai pekerja pembersihan di sekolah-sekolah kerajaan . Perkara ini berlaku berikutan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengurangkan perbelanjaannya. Pada permulaan tahun ini, sebilangan … Continue reading KPM jangan cuci tangan daripada perlindungan untuk ribuan pekerja kontrak yang hilang kerja