Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Revolusi Rojava dalam bahaya

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan mengumumkan pada 9 Oktober 2019 bahawa tentera Turki memulakan operasi pencerobohan yang dirancang lama ke atas wilayah Utara Syria, dengan niat untuk mengusir Pasukan Demokratik Syria (HSD) yang bertapak di situ supaya mewujudkan “zon selamat”. Tindakan tentera Turki ini dicetuskan berikutan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada 7 … Continue reading Revolusi Rojava dalam bahaya

Pejuang Revolusi Rojava tewaskan ISIS

Masyarakat Kurdi di Timur Tengah menyambut Tahun Baru tradisional mereka, Newroz (sama dengan tahun baru masyarakat Iran, Nowruz), pada 20 Mac setiap tahun. Dalam mitos masyarakat Kurdi, 20 Mac menandakan hari di mana pemberontakan yang dipimpin oleh Kawa berjaya menewaskan pemerintahan zalim Zuhak. Zuhak (atau dikenali sebagai Azhi Dhaka dalam budaya Parsi) ialah seorang raja … Continue reading Pejuang Revolusi Rojava tewaskan ISIS