Venezuela lancar Institut Simón Bolívar untuk Keamanan dan Solidariti antara Rakyat

Kerajaan Bolivar Venezuela melancarkan “Institut Simón Bolívar untuk Keamanan dan Solidariti antara Rakyat” pada 6 September 2020, sebagai usaha terbaru untuk membina dan memperkukuhkan hubungan solidariti antara perjuangan rakyat di Venezuela, benua Amerika Latin dan seluruh dunia. Acara pelancaran telah diadakan secara atas talian dan disiarkan secara langsung melalui saluran Youtube institut tersebut. 6 September 2020, menandakan ulangtahun ke-205 … Continue reading Venezuela lancar Institut Simón Bolívar untuk Keamanan dan Solidariti antara Rakyat

Venezuela: Gabungan parti politik kiri baru dibentuk untuk tanding Pilihanraya Parlimen

Parti Komunis Venezuela (Partido Comunista de Venezuela, PCV) dan “Tanahair untuk Semua” (Patria Para Todos, PPT), dua buah parti berhaluan kiri yang menyokong Kerajaan Venezuela pimpinan Nicolás Maduro, telah mengumumkan bahawa mereka akan membentuk gabungan politik baru untuk bertanding dalam Pilihanraya Parlimen Venezuela yang akan diadakan pada 6 Disember 2020. Selain dua parti berhaluan kiri, … Continue reading Venezuela: Gabungan parti politik kiri baru dibentuk untuk tanding Pilihanraya Parlimen

Venezuela: Cubaan kudeta tentera gagal, ancaman masih berterusan

Puak berhaluan kanan di Venezuela melancarkan satu kudeta tentera pada 30 April 2019, sebagai usaha terbaru mereka untuk menjatuhkan Kerajaan Bolivar pimpinan Nicolás Maduro, tetapi nampaknya gagal mencapai matlamat pada ketika ini. Pada 30 April 2019,  Juan Guaidó, pemimpin puak berhaluan kanan yang menggelar dirinya sebagai “Presiden Sementara” telah menyeru anggota tentera di Venezuela untuk … Continue reading Venezuela: Cubaan kudeta tentera gagal, ancaman masih berterusan

Venezuela: Imperialis AS iktiraf Presiden haram

  Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Donald Trump sedang menyokong usaha rampasan kuasa terbaru di Venezuela, dengan mengiktiraf Juan Guaido, pemimpin puak pembangkang berhaluan kanan di Venezuela, sebagai “Presiden Sementara” untuk negara tersebut. Tindakan ini menjadikan krisis politik di Venezuela bertambah buruk lagi, bersesuaian dengan niat imperialis AS untuk menghancurkan proses Revolusi Bolivar yang pro-pekerja … Continue reading Venezuela: Imperialis AS iktiraf Presiden haram

Venezuela: Proses demokrasi yang tidak diiktiraf kuasa imperialis

Nicolas Maduro telah dipilih semula sebagai Presiden Republik Bolivar Venezuela untuk satu penggal lagi dalam Pilihanraya Presiden yang berlangsung pada 20 Mei lalu. Pilihanraya Presiden Venezuela terbaru ini, berlangsung dalam suasana ancaman kuasa imperialis yang hebat dan krisis ekonomi yang berlarutan. Negara Venezuela yang digambarkan oleh kuasa-kuasa imperialis yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) sebagai sebuah … Continue reading Venezuela: Proses demokrasi yang tidak diiktiraf kuasa imperialis