Pindaan Akta Kerja dialu-alukan

PSM berharap bahawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 akan diluluskan dengan cepat dan diwartakan tidak lama lagi, supaya ia dapat dikuatkuasakan dan memberi sedikit keadilan kepada pekerja. Ini merupakan kejayaan kecil dalam perjuangan berpanjangan antara buruh dengan modal.

Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih

Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini (6 April 2021) untuk menyuarakan kebimbangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tumbuhan yang boleh meningkatkan harga benih dan memiskinkan petani. Berikut ialah kenyataan penuh FKMM: Forum Kedaulatan Makanan Malaysia khuatir kerana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kualiti … Continue reading Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih