Tanah runtuh di tapak pembinaan Paya Terubong, satu lagi amaran untuk Pulau Pinang – Tidak boleh lagi anggap semua seperti biasa

oleh Choo Chon Kai Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang amat bersedih dan terganggu dengan tragedy maut tanah runtuh di tapak pembinaan projek jalan pintas Paya Terubong pada 19 Oktober 2018. Sehingga hari ini, telah disahkan bahawa 8 orang pekerja telah terbunuh dan 2 orang lagi masih belum ditemui selepas kejadian tanah runtuh. Ini merupakan … Continue reading Tanah runtuh di tapak pembinaan Paya Terubong, satu lagi amaran untuk Pulau Pinang – Tidak boleh lagi anggap semua seperti biasa

Pengasingan

Apabila pengeluaran komoditi (iaitu barangan dihasilkan untuk dijual bagi mendapatkan nilai tukarnya) menjadi sesuatu perkara yang rutin dan biasa dalam masyarakat kapitalis, maka wujudnya satu fenomena yang dipangggil pengasingan atau alienasi (alienation). Pengasingan merupakan satu konsep penting yang digunakan oleh Karl Marx untuk menerangkan buruh upah (wage labour) dalam sistem kapitalis. Pengasingan membawa maksud benda … Continue reading Pengasingan

UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?

Pernahkah anda dengar tentang UBI? UBI yang dimaksudkan di sini bukannya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek yang kita makan, tetapi singkatan Bahasa Inggeris kepada sejenis perlindungan sosial yang dikenali sebagai “Pendapatan Asas Universal” (Universal Basic Income), ataupun “Pendapatan Asas Tanpa Syarat” (Unconditional Basic Income). Di bawah sistem “Pendapatan Asas Universal” (UBI), setiap orang … Continue reading UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?

Korea Selatan: Pekerja Ssangyong yang dibuang kerja diambil semula selepas 9 tahun

Syarikat pembuat kereta Korea Selatan SsangYong Motor Co. telah mencapai satu persetujuan dengan kesatuan pekerja pada 14 September 2018, untuk mengambil semula 119 orang pekerja yang diberhentikan kerja 9 tahun dahulu apabila syarikat tersebut melakukan penstrukturan semula. Ini merupakan satu kemenangan kepada perjuangan pekerja kilang kereta Ssangyong yang telah berlarutan untuk hampir satu dekad. Pada … Continue reading Korea Selatan: Pekerja Ssangyong yang dibuang kerja diambil semula selepas 9 tahun

China: Pekerja Jasic berjuang menubuhkan kesatuan dan menghadapi penindasan

SHENZHEN, CHINA - Apabila ramai pelajar di Negara China sedang berehat untuk menikmati cuti musim panas, terdapat segolongan pelajar China telah bergegas di bandaraya Shenzhen yang terletak di wilayah Guangdong di Selatan China, untuk memberi sokongan kepada perjuangan pekerja di kilang Jasic Technology. Pekerja-pekerja di kilang pembuat peralatan pengimpalan itu yang sedang berusaha menubuhkan kesatuan … Continue reading China: Pekerja Jasic berjuang menubuhkan kesatuan dan menghadapi penindasan