Mekanisme pasaran karbon yang membolehkan syarikat korporat yang melepaskan karbon berlebihan itu menebus dosa pemanasan globalnya, bagaikan mekanisme penjualan indulgensi pada Zaman Pertengahan di Eropah untuk mengekalkan kepentingan kelas pemerintah.
GameStop: Pemberontakan popular dalam pasaran kewangan kasino?
Baru-baru ini, sekumpulan pelabur kecil yang amateur, yang berpakat melalui forum r/wallstreetbets dalam laman web Reddit dan menggunakan aplikasi perdagangan saham atas talian, telah berjaya menumpaskan beberapa buah dana lindung nilai (hedge fund) besar yang cuba mengaut keuntungan daripada aktiviti jualan kosong saham GameStop, sebuah syarikat peruncitan permainan video yang beribupejabat di Amerika Syarikat. Golongan … Continue reading GameStop: Pemberontakan popular dalam pasaran kewangan kasino?
Kerajaan bukan jurujual pemaju hartanah
Kerajaan harus sedar bahawa tanggungjawabnya adalah memastikan rakyat mendapat jaminan kehidupan sejahtera, bukannya menjadi jurujual untuk golongan kapitalis yang menjalankan perniagaan yang menggadaikan jaminan kehidupan sejahtera ini. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilaporkan sedang meneliti cadangan menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk menarik pembeli dari China dan Hong Kong bagi menyelesaikan isu lambakan rumah … Continue reading Kerajaan bukan jurujual pemaju hartanah
Persaingan dan monopoli
Sistem kapitalis digerakkan oleh persaingan. Tanpa persaingan, tiadanya masyarakat kapitalis. Persaingan dalam masyarakat kapitalis, adalah persaigan golongan kapitalis untuk mengumpul modal dengan memaksimumkan keuntungan. Golongan kapitalis sanggup melakukan apa-apa sahaja demi survival diri sendiri dan menumpaskan pesaingnya dalam masyarakat kapitalis. Jika masyarakat tidak lagi mempunyai persaingan, maka masyarakat itu bukan lagi masyarakat kapitalis. Ini kerana … Continue reading Persaingan dan monopoli