Gilgit-Baltistan: Baba Jan dibebaskan hasil daripada gerakan solidariti

Selepas 9 tahun berada di dalam penjara kerana memperjuangkan keadilan untuk mangsa bencana alam, Baba Jan bersama dengan dua orang lagi rakan seperjuangannya yang masih dipenjarakan, Iftikhar Hussain dan Shukoorullah Baig, akhirnya dibebaskan pada 27 November 2020. 11 orang lain yang dipenjarakan pada masa yang sama dengan Baba Jan, juga telah dibebaskan lebih awal pada … Continue reading Gilgit-Baltistan: Baba Jan dibebaskan hasil daripada gerakan solidariti

Pakistan: Pelajar beraksi untuk kebebasan berkesatuan

Pelajar-pelajar Pakistan telah mengadakan aksi protes di 50 buah bandar di seluruh negara itu pada 29 November 2019, untuk menuntut pemulihan kesatuan pelajar di kampus-kampus institusi pengajian tinggi. Aksi massa hebat yang dipanggil sebagai “Perarakan Solidariti Pelajar” ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tindakan Pelajar (SAC) yang mewakili kumpulan-kumpulan pelajar berhaluan kiri di Pakistan. Golongan kiri di Pakistan … Continue reading Pakistan: Pelajar beraksi untuk kebebasan berkesatuan

Ada apa dengan krisis Kashmir?

Tindakan Kerajaan India membatalkan status khas negeri Jammu dan Kashmir baru-baru ini, telah mencetuskan krisis terbaru untuk wilayah Kashmir, dan memperhebatkan ketegangan politik di rantau Asia Selatan, di samping penyekatan ruang politik yang serius untuk rakyat Kashmir. Di mana Kashmir? Kashmir ialah wilayah geografi yang paling utara dalam benua kecil India. Kashmir ialah sebuah wilayah … Continue reading Ada apa dengan krisis Kashmir?

Pakistan: Penahanan Ali Wazir dikecam masyarakat antarabangsa

Dua orang ahli parlimen pembangkang Pakistan, Ali Wazir dan Mohsin Dawar, telah ditahan baru-baru ini oleh Kerajaan Pakistan, berikutan peristiwa tentera Pakistan melepaskan tembakan ke atas orang awam yang berprotes di wilayah Waziristan. Pada 26 Mei 2019, satu perarakan oleh rakyat beretnik Pashtun di wilayah Waziristan yang terletak di Barat Laut negara Pakistan, telah dipukul … Continue reading Pakistan: Penahanan Ali Wazir dikecam masyarakat antarabangsa