Kenakan cukai lebih tinggi ke atas golongan terkaya untuk tangani ketidakadilan sosial sedunia

Jika golongan elit masyarakat sedunia yang bersidang dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos benar-benar hendak menyelamatkan dunia daripada kehancuran, maka mereka harus menyerahkan kekayaan dan kekuasaan mereka kepada pekerja-pekerja mereka dan rakyat bawahan sedunia – iaitu kelas masyarakat yang benar-benar mempunyai keupayaan dan keterdesakan untuk menangani cabaran yang sedang dihadapi oleh dunia kita.

Virus ketidaksamarataan terus menular di dunia

1,000 orang yang terkaya di dunia pulih daripada kerugian mereka kerana pandemik COVID-19 dalam tempoh hanya 9 bulan, tetapi berbilion-bilion orang yang termiskin di dunia pula perlu mengambil masa lebih 10 tahun untuk pulih daripada impak ekonomi pandemik yang melanda setahun yang lepas. Inilah fakta yang didedahkan dalam laporan Oxfam yang terbaru. Oxfam ialah sebuah … Continue reading Virus ketidaksamarataan terus menular di dunia

Dunia semakin tidak adil: 22 orang lelaki terkaya lebih kaya daripada semua wanita di Afrika

“Ketidaksamarataan ekonomi telah hilang kawalan.” Begitu katanya laporan terbaru terbitan Oxfam yang bertajuk “Masa untuk peduli: Kerja penjagaan yang tidak dibayar dan dibayar gaji yang rendah dan krisis ketidaksamarataan global” (Time to care: Unpaid and underpaid care work and the global inequality crisis). Oxfam ialah sebuah badan bukan kerajaan bantuan kebajikan antarabangsa yang memfokus pada usaha membasmi … Continue reading Dunia semakin tidak adil: 22 orang lelaki terkaya lebih kaya daripada semua wanita di Afrika

Oxfam: Jurang kekayaan dunia semakin melebar

Pemusatan kekayaan dalam tangan golongan mahakaya semakin serius dengan 26 orang hartawan terkaya di dunia memiliki aset sebanyak yang dimiliki oleh 50% rakyat termiskin di dunia (iaitu bersamaan dengan 3.8 bilion orang). Inilah fakta yang didedahkan oleh Oxfam, sebuah badan amal yang memfokus pada bantuan dan pembangunan antarabangsa, dalam laporan tahunannya tentang pengagihan kekayaan dunia … Continue reading Oxfam: Jurang kekayaan dunia semakin melebar