“Kakak juga pekerja”: Pinda Jadual Pertama Akta Kerja untuk lindungi hak pekerja domestik

Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, masyarakat sivil di Malaysia melancarkan kempen “Kakak juga pekerja” dalam satu sidang akhbar atas talian pada 7 Mac 2021, untuk menggesa supaya memastikan pekerja-pekerja domestik di negara kita mempunyai hak yang sama dengan pekerja-pekerja yang lain. Kempen yang dilancarkan untuk mengiktiraf sumbangan pekerja-pekerja domestik dengan cara melindungi hak … Continue reading “Kakak juga pekerja”: Pinda Jadual Pertama Akta Kerja untuk lindungi hak pekerja domestik

WAO: Akta Kerja wajib lindungi pemohon kerja daripada diskriminasi

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa kerajaan untuk melindungi pemohon kerja daripada diskriminasi, dengan meminda Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Begitunya seruan daripada pertubuhan yang memperjuangkan kesamarataan gender ini. Pada bulan September 2018, Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan untuk meminda Akta Kerja bagi melindungi pemohon kerja dan pekerja daripada diskriminasi atas … Continue reading WAO: Akta Kerja wajib lindungi pemohon kerja daripada diskriminasi

Penghormatan untuk S. M. Mohamed Idris (1926-2019)

Tokoh aktivis sosial yang terkenal di Pulau Pinang, S. M. Mohamed Idris, meninggal dunia pada 17 Mei 2019, pada usia 93 tahun. Allahyarham S. M. Mohamed Idris merupakan seorang pemimpin masyarakat sivil yang mendedikasikan hidupnya kepada usaha untuk memperjuangkan keadilan sosial dan perlindungan alam sekitar. S. M. Mohamed Idris pernah menjadi Ahli Majlis Perbandaran Georgetown … Continue reading Penghormatan untuk S. M. Mohamed Idris (1926-2019)

Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan dapat Anugerah Hak Asasi Manusia SUARAM

  KUALA LUMPUR - 4 DISEMBER 2018: Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Hak Asasi Manusia SUARAM. Upacara penyampaian Anugerah Hak Asasi Manusia SUARAM telah berlangsung pada hari ini dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di Kuala Lumpur. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), badan bukan kerajaan … Continue reading Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan dapat Anugerah Hak Asasi Manusia SUARAM