Teori Marxis mengenai negara

Negara bukannya sentiasa wujud, tetapi muncul pada peringkat sejarah yang tertentu dalam perkembangan masyarakat manusia. Negara hanya muncul pada waktu dan tempat di mana wujudnya percanggahan atau pertentangan antara kelas yang menindas dengan kelas yang ditindas.

Revolusi: Perjuangan masyarakat untuk pembebasan sebenar

“Setiap revolusi bermakna perubahan secara mendadak dalam kehidupan sejumlah besar rakyat. Selagi masa belum lagi matang untuk perubahan sebegini, tiada revolusi yang sebenar akan berlaku. Seperti mana-mana perubahan dalam kehidupan seseorang individu mengajarnya tentang pelbagai perkara dan membawa pengalaman yang kaya dan tekanan emosi yang hebat, maka revolusi mengajar seluruh rakyat pelajaran yang sangat kaya … Continue reading Revolusi: Perjuangan masyarakat untuk pembebasan sebenar

Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?

Kapitalisme yang berlandaskan eksploitasi berterusan terhadap tenaga kerja dan sumber alam semulajadi untuk menjana keuntungan sebanyak mungkin kepada golongan pemodal dan syarikat korporat, merupakan satu sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan yang paling hebat dalam sejarah masyarakat manusia di atas muka bumi ini. Di bawah sistem kapitalis, golongan korporat memiliki kebanyakan benda dalam masyarakat dan … Continue reading Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?

Adakah perjuangan kelas masih relevan hari ini?

“Segala sejarah masyarakat sehingga ke hari ini, adalah sejarah perjuangan kelas.” – Karl Marx & Friedrich Engel, Manifesto Komunis, 1848. Apa itu kelas? Kelas yang dimaksudkan di sini bukannya bilik darjah di mana guru mengajar murid-murid. Perjuangan kelas di sini juga bukan bermaksud pergaduhan dalam bilik darjah antara murid-murid ataupun guru bergaduh dengan murid-muridnya. Kelas … Continue reading Adakah perjuangan kelas masih relevan hari ini?

Perjuangan kelas dan pembebasan wanita

Tokoh-tokoh politik kiri pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, seperti Karl Marx, Friedrich Engels, Clara Zetkin, Rosa Luxemburg, V.I. Lenin, Alexandra Kollontai dan Leon Trotsky, telah memperkembangkan kerangka teori yang menghubungkaitkan perjuangan pembebasan wanita dengan perjuangan untuk membina sosialisme. Marx dan Engels menjejak punca penindasan ke atas wanita yang wujud pada peranan wanita dalam … Continue reading Perjuangan kelas dan pembebasan wanita

Teori Gelombang Panjang

Sejak kewujudannya, perkembangan ekonomi kapitalis berlaku secara tidak seimbang, dan bukannya dalam satu garis lurus. Ekonomi kapitalis tidak bergerak menuju ke depan secara berterusan, licin dan stabil.  Era pengembangan ekonomi dan era kemelesetan ekonomi muncul secara selang-seli. Selain daripada turun-naik jangka masa pendek dalam kitaran perniagaan (business cycle, di mana muncul hampir setiap 10 tahun sekali sebelum … Continue reading Teori Gelombang Panjang

Persaingan dan monopoli

Sistem kapitalis digerakkan oleh persaingan. Tanpa persaingan, tiadanya masyarakat kapitalis. Persaingan dalam masyarakat kapitalis, adalah persaigan golongan kapitalis untuk mengumpul modal dengan memaksimumkan keuntungan. Golongan kapitalis sanggup melakukan apa-apa sahaja demi survival diri sendiri dan menumpaskan pesaingnya dalam masyarakat kapitalis. Jika masyarakat tidak lagi mempunyai persaingan, maka masyarakat itu bukan lagi masyarakat kapitalis. Ini kerana … Continue reading Persaingan dan monopoli

Nilai Surplus dan Modal

Nilai surplus atau nilai lebihan, adalah barangan surplus dalam bentuk matawang. Di bawah sistem kapitalis, nilai surplus adalah bahagian nilai dalam bentuk matawang yang dihasilkan oleh pekerja tanpa pulangan untuk dinikmati sepenuhnya oleh pemilik alat pengeluaran (iaitu kapitalis). Kapitalis, iaitu orang yang memiliki modal, membeli tenaga buruh pekerja, dan membayarnya dengan gaji. Dengan itu, kapitalis … Continue reading Nilai Surplus dan Modal

Buruh dan Nilai

Buruh atau tenaga kerja itu asas kepada ekonomi. Buruh manusia mencipta kekayaan masyarakat. Buruh menghasilkan nilai. Tanpa buruh manusia, maka tiadanya nilai. Dalam pengeluaran barangan, ia melibatkan proses: Sumber pengeluaran (peralatan, mesin, kilang, pengangkutan, jalan dan sebagainya; objek buruh, iaitu bahan mentah) + buruh (orang yang melakukan kerja) ------> hasil pengeluaran (barangan) Jikalau kuasa pengeluaran … Continue reading Buruh dan Nilai