Protes bantah gaji minimum yang terlalu rendah di depan Parlimen

KUALA LUMPUR – 17 OKTOBER 2018: Lebih 300 orang telah berprotes di hadapan bangunan Parlimen pada hari ini, untuk membantah kenaikan gaji minimum RM 50 yang amat sedikit. Laungan slogan seperti “Bantah 1050!”, “Jangan hina pekerja!”, “Gaji rendah, pekerja susah!” kuat kedengaran di sepanjang jalan menuju ke bangunan Parlimen, di samping pelbagai sepanduk yang tertulis … Continue reading Protes bantah gaji minimum yang terlalu rendah di depan Parlimen

Rakyat berarak tuntut hak perumahan untuk semua

KUALA LUMPUR – 30 SEPTEMBER 2018: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu aksi perarakan berjalan dari Stesen LRT Masjid Jamek ke Bukit Bintang pada hari ini, dengan tuntutan hak perumahan bersempena dengan sambutan Hari Habitat Sedunia. Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun. PSM menganjurkan aksi jalanan pada tahun … Continue reading Rakyat berarak tuntut hak perumahan untuk semua

Menteri Wilayah Persekutuan akan teliti isu perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil

KUALA LUMPUR – 20 SEPTEMBER 2018: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad telah bersetuju untuk meneliti isu perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil, berikutan satu perjumpaan dengan wakil penduduk Bukit Jalil bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada hari semalam, 19 September 2018. Jawatankuasa Bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini … Continue reading Menteri Wilayah Persekutuan akan teliti isu perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil

Penduduk Rumah Pangsa 18 tingkat hidup sebulan tanpa lif minta campurtangan segera kerajaan

PUTRAJAYA – 18 SEPTEMBER 2018: Penduduk-penduduk dari Pangsapuri Mutiara Fadason, Jinjang, Kuala Lumpur, telah hadir ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada hari ini untuk menyerahkan memorandum berkenaan dengan masalah lif rosak yang membelenggu penduduk di situ untuk hampir sebulan yang lalu. Penduduk-penduduk Blok C Pangsapuri Mutiara Fadason memohon bantuan kecemasan daripada pihak Kementerian untuk … Continue reading Penduduk Rumah Pangsa 18 tingkat hidup sebulan tanpa lif minta campurtangan segera kerajaan

Derita hidup 25 hari tanpa lif di rumah pangsa 18 tingkat

KEPONG, KUALA LUMPUR: Penduduk-penduduk Blok C Pangsapuri Mutiara Fadason terpaksa menggunakan tangga selama 25 hari berturut-turut akibat daripada satu-satunya lif di blok tersebut rosak. Sebelum ini, terdapat dua lif di blok tersebut yang berfungsi, tetapi satu daripada lif tersebut ditutup selama beberapa tahun dan hanya lif yang satu lagi dapat digunakan. Kini, lif tersebut rosak … Continue reading Derita hidup 25 hari tanpa lif di rumah pangsa 18 tingkat