Ketika dunia menyambut Tahun Baru 2020 pada 1 Januari lalu, wilayah metropolitan Jakarta, Indonesia, telah dilanda bencana banjir yang amat serius, selepas hujan lepas semalaman. Sekurang-kurangnya 60 orang telah dilaporkan mati kerana lemas, tanah runtuh, hipotermia dan kejutan elektrik. Bencana banjir ini merupakan kejadian banjir yang paling teruk di Jakarta sejak tahun 2007. Jakarta … Continue reading Dari banjir Jakarta hingga kebakaran hutan Australia: Isyarat amaran krisis iklim yang jelas
Isytihar Darurat Iklim sekarang: Bertindak sebelum parah
Bumi kita sedang menghadapi kecemasan kerana ancaman krisis iklim yang semakin hebat. Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia perlu menganggap ini sebagai satu keadaan darurat dan mengambil tindakan segera untuk menangani krisis iklim sebelum terlambat! Gelombang aksi mogok iklim yang hebat melanda lagi seluruh dunia pada bulan September lalu dengan jumlah peserta yang lebih besar, untuk menyuarakan … Continue reading Isytihar Darurat Iklim sekarang: Bertindak sebelum parah
Peparu dunia sedang dibakar
Hutan Amazon, hutan hujan tropika terbesar di dunia yang meliputi meliputi kawasan yang meluas di negara Brazil, Peru, Colombia, Venezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana dan Suriname, sedang dilanda kebakaran yang serius, khususnya di kawasan hutan yang terletak di dalam negara Brazil. Kebakaran Huutan Amazon di Brazil, bukan sahaja memberi impak kepada alam sekitar di benua Amerika … Continue reading Peparu dunia sedang dibakar
Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim
KUALA LUMPUR – 7 JULAI 2019: Satu aksi protes ilklim, #MYClimateRally, telah diadakan pada hari ini di ibu negara, dengan tuntutan yang menggesa Kerajaan Malaysia supaya bertindak serta-merta untuk membendung ancaman perubahan iklim di Malaysia. Lebih 100 orang telah mengambil bahagian dalam aksi hari ini yang melibatkan perarakan dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka. Para … Continue reading Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim
Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua
Kanak-kanak dan anak muda di seluruh dunia sekali lagi “ponteng sekolah” pada satu hari Jumaat yang sama untuk memprotes terhadap krisis iklim sedunia yang semakin meruncing. Pada 24 Mei 2019, mogok pelajar berlangsung di lebih 1,400 buah bandar di lebih 110 buah negara, dengan sekurang-kurangnya 1.4 juta orang mengambil bahagian dalam aksi untuk keadilan iklim … Continue reading Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua
(Galeri gambar) Aksi Mogok Iklim Sedunia – 15 Mac 2019
Lebih 1 juta orang pelajar sekolah telah menyertai aksi Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan yang diadakan pada 15 Mac 2019, dengan melibatkan lebih 2000 aksi protes di 125 buah negara. Mereka yang berprotes menuntut pada kerajaan di seluruh dunia supaya mengambil tindakan segera supaya menangani krisis iklim sedunia sebelum terlambat. Berikut adalah koleksi gambar-gambar … Continue reading (Galeri gambar) Aksi Mogok Iklim Sedunia – 15 Mac 2019
Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan: Gelombang kebangkitan anak muda untuk selamatkan bumi kita
15 Mac 2019 menandakan hari yang bersejarah dalam perjuangan rakyat sedunia untuk menegakkan keadilan iklim dan menyelamatkan bumi kita daripada kemusnahan. Lebih 1 juta orang pelajar sekolah telah “ponteng sekolah” pada 15 Mac 2019 untuk menyertai aksi mogok pelajar yang menuntut pada kerajaan di seluruh dunia supaya bertindak segera dalam menangani krisis iklim sedunia. Lebih … Continue reading Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan: Gelombang kebangkitan anak muda untuk selamatkan bumi kita
