Dengan kenaikan gaji yang tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup, adalah penting untuk kerajaan tidak menghakis kebajikan dan jaring keselamatan, supaya rakyat tidak terjerumus lebih lanjut lagi ke dalam kemiskinan.
Chile: Kenaikan tambang metro cetuskan kemarahan rakyat
Kemarahan rakyat Chile terhadap kenaikan kos sara hidup meletus menjadi gelombang protes yang terbaru. Kerajaan Chile mengisytihar darurat pada hari ini (19 Oktober 2019) di ibu negara itu, Santiago, berikutan protes rakyat membantah kenaikan harga tambang metro menjadi semakin hebat dan berlakunya perbuatan vandalisme yang berleluasa. Darurat di Santiago yang diisytihar oleh Presiden Chile Sebastián … Continue reading Chile: Kenaikan tambang metro cetuskan kemarahan rakyat
SST boleh akibat kenaikan harga barang, kecualikan barangan keperluan asas sekarang juga
“Parti Sosialis Malaysia (PSM) melahirkan kebimbangan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan menyebabkan satu lai gelombang kenaikan harga barang dalam beberapa bulan yang akan datang, apabila para peniaga mula menjual barangan yang ditambah dengan cukai jualan 10%, seperti yang pernah berlaku dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” Sivarajan Arumugam, Setiausaha Agung PSM berkata demikian … Continue reading SST boleh akibat kenaikan harga barang, kecualikan barangan keperluan asas sekarang juga