Orang ramai berprotes terhadap pameran pertahanan yang turut disertai oleh syarikat-syarikat yang membekalkan senjata kepada jenayah terhadap kemanusiaan.
Jangan berurusan dengan pembekal senjata kepada jenayah genosid di Palestin: Gugurkan segera syarikat ketenteraan yang bersubahat dengan rejim Zionis Israel dalam membunuh rakyat Palestin dari NATSEC 2024
Syarikat-syarikat yang membekalkan peralatan dan senjata kepada rejim Zionis Israel telah mengaut keuntungan lumayan daripada kematian dan penderitaan rakyat Palestin yang berlarutan lebih tiga suku abad. Berurusan dengan syarikat-syarikat sebegini akan terus membolehkan rejim Zionis Israel menzalimi rakyat Palestin.
Gugurkan syarikat yang terlibat dalam genosid di Palestin dari NATSEC 2024
Ini masanya bagi kerajaan untuk benar-benar membuktikan bahawa sokongan kepada Palestin bukan sekadar satu bentuk retorik.
