Segerakan pelaksanaan perlindungan PERKESO 24 jam: Jangan tangguhkan hak pekerja!

Dari sudut dasar kerajaan, perlindungan 24 jam bukan hanya soal kebajikan, tetapi cara untuk melindungi rakyat daripada risiko kewangan apabila berlaku kemalangan atau kecederaan. Negara yang mempunyai sistem perlindungan sosial yang kukuh biasanya lebih cepat memulihkan keadaan ekonomi selepas krisis, kerana keluarga pekerja masih mempunyai sumber pendapatan walaupun pencari nafkah mengalami kecederaan atau hilang upaya.

PSM lancarkan kempen Selamatkan Sistem Kesihatan Awam

PSM sentiasa mengambil berat terhadap sistem kesihatan awam di negara kita. Pada tahun 2004, apabila kerajaan BN mengumumkan penswastaan dispensari di hospital-hospital kerajaan, iaitu membuka kedai-kedai farmasi di hospital-hospital kerajaan (untuk memberi pesakit “pilihan” untuk membeli ubat-ubatan), PSM telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran di hadapan Kementerian Kesihatan di Putrajaya untuk membantah rancangan itu. Rancangan tersebut telah ditarik balik dan tidak dikemukakan … Continue reading PSM lancarkan kempen Selamatkan Sistem Kesihatan Awam