Jangan biar Lynas jadikan Malaysia tong sampahnya

Kerajaan Pakatan Harapan tidak patut membiarkan syarikat Lynas menjadikan Malaysia sebagai ‘tong sampah’ dengan membenarkan penyimpanan bahan-bahan buangan radioaktif dan kimia yang dikeluarkannya di Malaysia. Begitu seruan Sharan Raj, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Alam Sekitar PSM, dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada 11 Ogos 2019. Kerajaan Australia telah menggunakan Konvensyen … Continue reading Jangan biar Lynas jadikan Malaysia tong sampahnya

Pencemaran Pasir Gudang: Penyelesaian holistik diperlukan

oleh P. Mohan Pencemaran udara kali kedua yang melanda Pasir Gudang baru-baru ini membimbangkan penduduk tempatan. Walaupun tidak berlaku sebarang kematian, tetapi ianya membawa gangguan kesihatan kepada orang ramai di kawasan tersebut, khususnya kanak-kanak. Pasir Gudang ialah bandar pelabuhan yang pesat maju di negeri Johor dan mempunyai banyak  industri kimia. Dengan penambahan kepadatan industri moden … Continue reading Pencemaran Pasir Gudang: Penyelesaian holistik diperlukan

Bertindak sekarang sebelum terlambat untuk tangani krisis iklim

Perubahan iklim global akibat daripada aktiviti masyarakat manusia yang membebaskan karbon ke atmosfera sedang mengancam kehidupan masyarakat sedunia. Glasier semakin merosot, ais laut semakin hilang, paras laut semakin meningkat, lautan semakin panas, cuaca semakin tidak menentu, flora dan fauna di merata tempat terkesan dengan pemanasan global. Penduduk dunia juga semakin kerap menghadapi bencana alam yang … Continue reading Bertindak sekarang sebelum terlambat untuk tangani krisis iklim

Pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang tidak patut berulang lagi… di mana-mana pun

Beberapa hari ini, seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita pencemaran sisa kimia berbahaya di Pasir Gudang, Johor. Dilaporkan bahawa gas toksik daripada sisa kimia yang dibuang dalam Sungai Kim Kim telah menyebabkan lebih 900 orang terkesan dan terpaksa mendapatkan rawatan perubatan selepas terhidu gas toksik daripada sisa buangan kimia, termasuk guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah. … Continue reading Pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang tidak patut berulang lagi… di mana-mana pun