Venezuela dilanda krisis politik baharu apabila puak berhaluan kanan di negara itu mencuba untuk merampas kuasa sekali lagi dengan mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Presiden. Puak berhaluan kanan telah menghasut orang ramai untuk berprotes membantah kerajaan pimpinan Nicolás Maduro, sementara rakyat Venezuela yang mendukung Revolusi Bolivar turut bermobilisasi untuk mempertahankan kerajaan Maduro daripada digulingkan oleh kuasa pelampau kanan.
Jangan mengadu pasal puak kanan kalau kamu tak bangunkan kesedaran kelas
PH gemar menuding jari ke arah sesuatu jembalang politik untuk mempopularkan diri sendiri. Dalam PRU-14, mereka menggunakan BN sebagai alasan untuk bekerjasama dengan Mahathir. Kini, mereka menggunakan PAS sebagai alasan untuk bekerjasama dengan BN. Realitinya, PH dan semua orang progresif perlu faham bahawa tiada jalan pintas untuk menjatuhkan ancaman sayap kanan.
Bolivia: Kudeta golongan kanan pijak demokrasi rakyat
Evo Morales, Presiden Bolivia yang dipilih secara demokratik, telah mengumumkan perletakan jawatan pada 10 November 2019, selepas pihak tentera menyatakan sokongan terhadap kudeta yang dilancarkan oleh golongan berhaluan kanan. Golongan berhaluan kanan telah melancarkan demonstrasi dan rusuhan selepas Pilihanraya Umum di Bolivia pada 20 Oktober 2019. Evo Morales diisytihar menang dalam Pilihanraya Presiden yang diadakan … Continue reading Bolivia: Kudeta golongan kanan pijak demokrasi rakyat
Ancaman Populisme Kanan dalam konteks krisis global
Populisme Kanan sudah menjadi satu trend politik yang sedang melanda negara-negara di seluruh dunia dalam satu dekad yang lalu. Ia menjadi ancaman kepada ruang demokrasi dan penghalang kepada usaha pembebasan masyarakat. Keputusan referendum Brexit di UK dan kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya Presiden AS pada tahun 2016 menandakan bahawa “kebangkitan” populis kanan itu sesuatu yang … Continue reading Ancaman Populisme Kanan dalam konteks krisis global
Pilihanraya Sepanyol: Polarisasi kiri-kanan yang ketara
Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) yang dipimpin oleh penyandang jawatan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez, sebuah parti berhaluan kiri-tengah yang sudah lama wujud, telah muncul sebagai parti yang terbesar dalam Parlimen Sepanyol, berikutan pilihanraya umum yang diadakan pada 28 April 2019, dengan peroleh undi dan kerusi yang lebih banyak berbanding 3 tahun dahulu. Parti Rakyat … Continue reading Pilihanraya Sepanyol: Polarisasi kiri-kanan yang ketara