(Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia

Hari cuti pada 1 Mei adalah tidak bermakna sekiranya tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia yang membawa aspirasi pekerja untuk memperjuangkan hak pekerja dan kesejahteraan bersama. Oleh sebab keadaan penularan wabak COVID-19 masih membimbangkan di negara kita, maka tahun ini juga tiadanya aksi massa yang besar-besaran. Namun demikian, aktivis-aktivis dan organisasi-organisasi yang bergabung dalam Jawatankuasa … Continue reading (Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia

(Galeri gambar) Sepintas lalu sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 di seluruh dunia

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun di merata tempat di seluruh dunia untuk mengetengahkan tuntutan-tuntutan masyarakat yang berkaitan dengan kesamarataan gender. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa biasanya disambut dalam pelbagai bentuk aksi seperti perhimpunan awam, perarakan jalanan dan sebagainya. Dunia kita telah terjerumus dalam krisis yang mendalam pada ketika ini, dengan krisis penularan … Continue reading (Galeri gambar) Sepintas lalu sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 di seluruh dunia

Pameran online poster anti-imperialis (Siri 3) – IMPERIALISME

Imperialisme, oleh Ingrid Neves (Brazil), Tricontinental: Institute for Social Research Siri Ketiga Pameran Poster Anti-Imperialis Atas Talian anjuran Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah dilancarkan pada 1 Oktober 2020, bersempena dengan Minggu Aksi Anti-Imperialis yang diadakan pada 5-10 Oktober 2020. Siri ketiga daripada empat Pameron Poster Anti-Imperialis yang bertemakan … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 3) – IMPERIALISME

Pameran online poster anti-imperialis (Siri 2) – NEOLIBERALISME

Siri Kedua Pameran Poster Anti-Imperialis Atas Talian anjuran Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah dilancarkan pada 30 Julai 2020. Siri kedua daripada empat Pameran Poster Anti-Imperialis yang bertemakan "Neoliberalisme" ini, menghimpunkan karya seni poster daripada 59 orang artis dari 27 buah negara dan 20 buah organisasi. (Siri pertama untuk … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 2) – NEOLIBERALISME

Pameran online poster anti-imperialis (Siri 1) – KAPITALISME

Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah melancarkan Siri Pameran Poster Anti-Imperialis secara atas talian. (Baca Deklarasi Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa di sini.) Siri pertama untuk pameran poster atas talian ini bermula pada 11 Jun 2020. Dalam siri yang bertemakan “Kapitalisme” ini, dipamerkan poster-poster yang direkacipta oleh 77 orang artis … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 1) – KAPITALISME

(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja Dunia di bawah bayangan pandemik koronavirus

1 Mei setiap tahun ialah Hari Pekerja Sedunia, satu hari untuk memperingati perjuangan pekerja yang memenangi hak pekerja yang dinikmati hari ini dan menyuarakan tuntutan pekerja untuk peningkatan kesejahteraan masyarakat. Sambutan Hari Pekerja Sedunia pada tahun ini agak luar biasa, kerana penularan pandemik COVID-19 di peringkat dunia. Pekerja-pekerja sedunia selain menghadapi ancaman kesihatan kerana penularan … Continue reading (Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja Dunia di bawah bayangan pandemik koronavirus

(Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2020 di seluruh dunia

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun dalam bentuk perayaan, protes, perhimpunan dan perarakan, untuk mengetengahkan isu yang dihadapi oleh wanita dan memperjuangkan kesamarataan gender. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang berasal daripada perjuangan gerakan pekerja wanita untuk menuntut hak mengundi dan kesamarataan hak tanpa mengira gender, telah menjadi satu acara tahunan yang meriah … Continue reading (Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2020 di seluruh dunia

Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua

Kanak-kanak dan anak muda di seluruh dunia sekali lagi “ponteng sekolah” pada satu hari Jumaat yang sama untuk memprotes terhadap krisis iklim sedunia yang semakin meruncing. Pada 24 Mei 2019, mogok pelajar berlangsung di lebih 1,400 buah bandar di lebih 110 buah negara, dengan sekurang-kurangnya 1.4 juta orang mengambil bahagian dalam aksi untuk keadilan iklim … Continue reading Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua

(Galeri gambar) Aksi Mogok Iklim Sedunia – 15 Mac 2019

Lebih 1 juta orang pelajar sekolah telah menyertai aksi Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan yang diadakan pada 15 Mac 2019, dengan melibatkan lebih 2000 aksi protes di 125 buah negara. Mereka yang berprotes menuntut pada kerajaan di seluruh dunia supaya mengambil tindakan segera supaya menangani krisis iklim sedunia sebelum terlambat. Berikut adalah koleksi gambar-gambar … Continue reading (Galeri gambar) Aksi Mogok Iklim Sedunia – 15 Mac 2019