Gerakan pekerja pada abad ke-19 telah meninggalkan warisan penting kepada gerakan pekerja selepasnya, dari abad ke-20 hingga abad ke-21. Banyak pencapaian dan pembaharuan yang dapat dinikmati oleh golongan pekerja di banyak negara hari ini, seperti hak mengundi sejagat, hak berkesatuan, hak untuk perundingan bersama, jam kerja sehari yang lebih pendek, hari rehat pada hujung minggu, kesamarataan gender, pencen warga emas, insurans kemalangan tempat kerja, keselamatan tempat kerja, kesihatan awam yang percuma, pendidikan percuma dan sebagainya, merupakan hasil daripada usaha perjuangan yang dimulakan oleh gerakan pekerja pada abad ke-19.
Revolusi 1848 (Siri Revolusi Dunia – 09)
“Seekor hantu sedang berkeliaran di Eropah - hantu komunisme. Semua kuasa Eropah lama telah memasuki sebuah perikatan suci untuk mengusir hantu ini: Paus dan Tsar, Metternich dan Guizot, Radikal Perancis dan perisik polis Jerman,” begitu tulisnya Manifesto Komunis yang diterbitkan di London pada 21 Februari 1848. Namun, apa yang tidak dijangkakan oleh penulisnya Karl Marx dan Friedrich Engels pada masa itu, François Guizot daripada “Metternich dan Guizot” yang hendak mengusir hantu komunisme itu dijatuhkan dua hari selepas Manifesto Komunis diterbitkan kerana revolusi yang tercetus di Perancis; sementera Klemens von Metternich, jurubina susunan ultra-konservatif Eropah pasca Napoleon, digulingkan tiga minggu kemudian apabila pemberontakan rakyat tercetus di Vienna.
“Aku bukan seorang Marxis!”
Apakah pandangan Karl Marx tentang kebebasan dan demokrasi?
