“Progressive International”: Gerakan baru untuk sosialisme demokratik di peringkat global

Satu gerakan antarabangsa yang menyatukan aktivis dan organisasi progresif yang berhaluan kiri, telah dilancarkan pada 30 November 2018, dalam satu perhimpunan golongan progresif yang dianjurkan oleh The Sanders Institute di Burlington, Vermont, Amerika Syarikat. Matlamat pembentukan gerakan kiri baru ini adalah untuk melawan kebangkitan politik kanan lampau, xenofobia dan dasar-dasar mencabul hak rakyat yang semakin … Continue reading “Progressive International”: Gerakan baru untuk sosialisme demokratik di peringkat global

Perancis: “Jaket Kuning” hantui rejim Macron

Satu gelombang protes besar-besaran telah melanda Perancis, dengan ratusan ribu demonstran turun ke jalanraya dan mendirikan sekatan jalan, untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron dan dasar-dasarnya yang anti-pekerja. Pertempuran hebat berlaku antara demonstran dengan polis di jalanan Paris, mencetuskan konflik jalanan yang paling ganas sejak peristiwa kebangkitan rakyat pada bulan Mei … Continue reading Perancis: “Jaket Kuning” hantui rejim Macron

Ulangtahun ke-100 Revolusi Jerman 1918-19

100 tahun dahulu, tercetusnya gelombang revolusi yang hebat di negara Jerman yang menjatuhkan pemerintahan raja berperlembagaan Empayar Jerman dan menggantikannya dengan sebuah republik berparlimen yang demokratik. Namun, oleh sebab kerajaan baru menggunakan kekerasan untuk menghancurkan kebangkitan kuasa kiri radikal yang menggugat kepentingan kelas atasan, hasil revolusi ini telah digadaikan dan kemudiannya membuka ruang kepada kemunculan … Continue reading Ulangtahun ke-100 Revolusi Jerman 1918-19

Belgium: Parti kiri radikal mendapat kejayaan dalam pilihanraya tempatan

oleh Hadri A Rahman Dalam pilihanraya tempatan yang diadakan di Belgium pada 14 Oktober lalu, Parti Pekerja Belgium (PDVA-PTB) telah menunjukkan kemajuan yang menggalakkan di Flanders (wilayah Belgium yang berbahasa Belanda), Wallonia (wilayah Belgium yang berbahasa Perancis) dan juga Brussels (ibu negara Belgium). Di Brussels, Parti Pekerja telah mendapat sebanyak 11.6% daripada undian yang dibuang. … Continue reading Belgium: Parti kiri radikal mendapat kejayaan dalam pilihanraya tempatan

Pilihanraya Sweden: Tiada gempa bumi politik dan tiada pemenang yang jelas

Pilihanraya Umum Sweden telah berlangsung ada 9 September 2018 untuk memilih seramai 349 orang wakil rakyat yang akan masuk ke dalam Riksdag, iaitu Parlimen Sweden. Keputusan pilihanraya menunjukkan bahawa tiadanya pemenang yang jelas dalam pilihanraya kali ini, walaupun Parti Demokratik Sosial Sweden (Sveriges socialdemokratiska arbetareparti, SAP) masih kekal sebagai parti terbesar dalam Parlimen tetapi mencatatkan … Continue reading Pilihanraya Sweden: Tiada gempa bumi politik dan tiada pemenang yang jelas