Die Linke telah berkempen dalam pilihan raya Dewan Perwakilan Berlin kali ini dengan mengetengahkan program untuk menjadikan Berlin sebuah bandar raya yang mampu didiami oleh rakyat biasa. Die Linke berkempen untuk menangani masalah sewa rumah yang melampau tinggi, menurunkan tambang pengangkutan awam dan mengatasi gangguan dalam pengurusan sisa.
Pilihanraya Persekutuan Jerman: Pakatan Lampu Isyarat Trafik bakal gantikan zaman Merkel?
Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD) muncul sebagai parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam Pilihanraya Persekutuan Jerman yang menandakan permulaan zaman pasca Merkel. SPD hendak membentuk kerajaan campuran “Pakatan Lampu Isyarat Trafik” dengan FDP dan Grüne.
Jerman: Parti Kiri tuntut pembekuan sewa rumah
Parti Kiri Jerman, Die Linke, menuntut pembekuan sewa rumah (iaitu tidak menaikkan sewa) di seluruh negara Jerman sepanjang krisis pandemik COVID-19. Die Linke juga menyeru untuk menghentikan segala pengusiran sepanjang tempoh ini. Aktivis-aktivis daripada Die Linke mengadakan protes di luar ibupejabat Kesatuan Demokratik Kritian (CDU) di Berlin pada 15 Mei 2020, untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pendekatan … Continue reading Jerman: Parti Kiri tuntut pembekuan sewa rumah
