Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah

Gelombang protes yang dicetuskan oleh kematian George Floyd, bermula sebagai aksi bantahan tempatan di kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS), tetapi merebak ke seluruh negara AS dengan pantasnya dan turut mencetuskan protes solidariti yang menyatakan sokongan kepada gerakan Black Lives Matter (Nyawa Orang Kulit Hitam Penting) di suluruh dunia. Aksi-aksi protes ini … Continue reading Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah

Belgium: Pekerja beraksi pertahan perlindungan sosial

Lebih kurang 20,000 orang pekerja Belgium berarak dan berprotes di bandaraya Brussels, ibu negara Belgium, pada 28 Januari 2020, bersempena dengan aksi mogok nasional yang dianjurkan kesatuan sekerja untuk mempertahankan perlindungan sosial. Aksi massa ini dianjurkan oleh Persekutuan Umum Buruh Belgium (ABVV/FGTB), sebuah gabungan kesatuan sekerja sosialis di Belgium. Demonstran yang turun beraksi di jalanan … Continue reading Belgium: Pekerja beraksi pertahan perlindungan sosial

Pilihanraya Belgium: Parti Pekerja bangkit sebagai alternatif nyata

Pilihanraya Parlimen Eropah pada tahun ini menghasilkan keputusan yang pedih dan mengecewakan untuk parti-parti berhaluan kiri di Eropah, dengan kerusi yang dikuasai oleh Kiri Bersatu Eropah / Kiri Hijau Nordik (GUE/NGL) telah merosot dari 52 kepada 38. Namun, prospek untuk golongan kiri tidak begitu malap malah wujudnya harapan yang memberangsangkan di Belgium, apabila Parti Pekerja … Continue reading Pilihanraya Belgium: Parti Pekerja bangkit sebagai alternatif nyata

Belgium: Parti kiri radikal mendapat kejayaan dalam pilihanraya tempatan

oleh Hadri A Rahman Dalam pilihanraya tempatan yang diadakan di Belgium pada 14 Oktober lalu, Parti Pekerja Belgium (PDVA-PTB) telah menunjukkan kemajuan yang menggalakkan di Flanders (wilayah Belgium yang berbahasa Belanda), Wallonia (wilayah Belgium yang berbahasa Perancis) dan juga Brussels (ibu negara Belgium). Di Brussels, Parti Pekerja telah mendapat sebanyak 11.6% daripada undian yang dibuang. … Continue reading Belgium: Parti kiri radikal mendapat kejayaan dalam pilihanraya tempatan