Permintaan kerajaan Bangladesh kepada kerajaan Malaysia untuk menangkap dan mengekstradisi dua ornag individu yang terlibat dalam skandal penipuan kuota pengambilan pekerja migran adalah dialu-alukan.
Bangladesh: Perdana Menteri letak jawatan dan larikan diri selepas gelombang protes hebat
Seperti yang pernah berlaku di negara-negara lain yang mengalami pergolakan politik serupa, tindakan pihak tentera di Bangladesh hanya sekadar untuk menyelamatkan kelas pemerintah dengan menukar ketua kerajaan yang tidak lagi menguasai kepercayaan rakyat dan melakukan “peralihan kuasa yang tersusun” kepada pihak yang akan terus menjaga kepentingan kelas elit pemerintah di dalam negara dan golongan kapitalis luar negara yang melaburkan modal di Bangladesh.
Bangladesh: Protes tuntut pembaharuan kuota dizalimi
Protes yang diterajui oleh pelajar-pelajar dari universiti-universiti dan disertai oleh masyarakat umum di Bangladesh ini bukan sahaja membantah sistem kuota dalam pengambilan kerja kerajaan yang dianggap mewujudkan nepotisme, malah juga menyatakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap penindasan zalim oleh kerajaan terhadap rakyat yang berprotes dan kegagalan kerajaan dalam menangani masalah ekonomi di negara itu.
Pekerja migran derita kerana syarikat milik CMI Melaka gagal laksana tanggungjawab sebagai majikan yang berperikemanusiaan
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR - 17 FEBRUARI 2020: Seramai 130 orang pekerja migran dari Bangladesh tidak dibayar gaji 5 bulan dan terpaksa hidup dalam keadaan menderita tanpa pendapatan asas untuk makanan serta keperluan asas lain, kerana majikan yang mengupah mereka gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk melindungi hak asasi pekerja. Lebih-lebih lagi, pemegang saham terbesar syarikat yang … Continue reading Pekerja migran derita kerana syarikat milik CMI Melaka gagal laksana tanggungjawab sebagai majikan yang berperikemanusiaan
Hentikan tragedi kematian pekerja migran di Malaysia
Pendedahan dalam satu laporan baru-baru ini yang menyatakan ramai pekerja Bangladesh mati di negara kita – 2 kematian setiap hari, 96 orang mati dalam bulan Januari 2019 sahaja, dan jumlah kematian yang berlipat ganda sejak tahun 2012 – adalah mengejutkan dan tidak boleh diterima langsung sebagai sesuatu yang sepatutnya berlaku. Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru … Continue reading Hentikan tragedi kematian pekerja migran di Malaysia