(sumber foto: Prachatai) Rakyat Thailand yang berprotes secara besar-besaran sejak tahun lalu untuk menuntut pembaharuan demokratik, terus beraksi di jalanan apabila mahkamah menafikan ikat jamin untuk 4 orang aktivis pro-demokrasi yang ditahan baru-baru ini. 4 orang aktivis pro-demokrasi, Parit Chiwarak, Anon Nampa, Somyot Pruksakasemsuk dan Patiwat Saraiyaem, telah didakwa di bawah Seksyen 112 Kanun Jenayah … Continue reading Thailand: Rakyat berprotes tuntut pembebasan aktivis pro-demokrasi
Thailand: Seruan pembaharuan sistem semakin lantang
(foto: Prachatai) 14 tahun dahulu, pada 19 September 2006, pihak Tentera Thailand melakukan kudeta menjatuhkan kerajaan pimpinan Thaksin Shinawatra yang dipilih secara demokratik, menjadikannya rampasan kuasa politik oleh pihak tentera yang pertama dalam abad ke-21 di negara yang sering berlaku kudeta tentera sejak tahun 1932. 14 tahun kemudian, setelah satu lagi rampasan kuasa tentera pada tahun … Continue reading Thailand: Seruan pembaharuan sistem semakin lantang
Thailand: Hantu Pridi Banomyong sedang berkeliaran di Lebuh Ratchadamnoen
“Satu hantu sedang berkeliaran di Thailand - hantu Pridi Banomyong. Semua kekuasaan di Siam lama akan menyatukan diri dalam satu persekutuan suci untuk mengusir hantu ini.” [Adaptasi daripada ayat pertama dalam teks Manifesto Komunis (1948). Pridi Banomyong (1900-1983), ialah tokoh negarawan Thailand dan pemimpin Parti Rakyat (Khana Ratsadon) yang memainkan peranan penting dalam Revolusi Siam … Continue reading Thailand: Hantu Pridi Banomyong sedang berkeliaran di Lebuh Ratchadamnoen
Thailand: Protes tuntut kebebasan politik, perlembagaan baru dan pengunduran Prayut
Walaupun perhimpunan massa telah diharamkan di bawah undang-undang darurat koronavirus di Thailand, tetapi masih terdapatnya ribuan rakyat Thailand yang berani tampil ke hadapan dan berhimpun pada 18 Julai 2020 di Bangkok, untuk menuntut penggubalan perlembagaan baru, pilihanraya baru dan pemansuhan undang-undang yang represif di negara itu. Demonstran yang terdiri daripada kebanyakannya anak-anak muda telah berkumpul … Continue reading Thailand: Protes tuntut kebebasan politik, perlembagaan baru dan pengunduran Prayut
Thailand: Protes besar-besaran kembali lagi untuk perjuangan demokrasi yang belum selesai
Ribuan orang membanjiri jalanan di sekeliling pusat beli-belah MBK Centre yang terletak di pusat bandaraya Bangkok pada 14 Disember 2019, untuk menyertai aksi protes massa yang terbesar sejak tahun 2014. Protes ini diadakan berikutan Suruhanjaya Pilihanraya Thailand bertindak untuk mengharamkan Parti Maju Masa Depan (Future Forward Party), parti politik yang paling lantang bersuara dalam menentang … Continue reading Thailand: Protes besar-besaran kembali lagi untuk perjuangan demokrasi yang belum selesai